Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Iklan pemerintah 'tidak boleh menjurus kepada tujuan politik', perbelanjaan berpandukan kesaksamaan: Tan Kiat How

Pemerintah sedar bahawa pengiklanannya "tidak boleh menjurus kepada tujuan politik" dan perbelanjaan untuk iklan "berpandukan kesaksamaan", kata Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan Tan Kiat How di Parlimen pada Selasa (28 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pemerintah sedar bahawa pengiklanannya "tidak boleh menjurus kepada tujuan politik" dan perbelanjaan untuk iklan "berpandukan kesaksamaan", kata Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan Tan Kiat How di Parlimen pada Selasa (28 Feb).

Menurutnya lagi, kempen-kempen oleh agensi pemerintah bertujuan untuk memaklumkan atau mendidik orang ramai.

"Pemerintah tidak unik dalam perbelanjaan pengiklanan bagi menggalak kesedaran kepada orang awam. Banyak syarikat mengeluarkan iklan bagi memastikan jenama mereka menjangkau khalayak sasaran mereka," kata Encik Tan.

"Namun tidak seperti syarikat-syarikat swasta yang boleh memilih segmen sasaran untuk pemasaran, Pemerintah perlu memastikan mesej yang dihantar sampai kepada semua warga Singapura."

Encik Tan berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan oleh Anggota Parlimen (AP) He Ting Ru dari Parti Pekerja (Sengkang), AP Leon Perera (WP-Aljunied) dan AP Dilantik Janet Ang berhubung strategi pengiklanan Pemerintah.

Tahun lalu, Pemerintah membelanjakan antara S$175 juta dengan S$200 juta bagi pengiklanan - iaitu sekitar 0.2 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan pemerintah.

Perbelanjaan pengiklanan Pemerintah meningkat semasa pandemik kerana ia penting untuk memastikan khalayak ramai dimaklumkan mengenai COVID-19 dan tindak balas Pemerintah, jelas Encik Tan.

"Kami menjangkakan perbelanjaan pengiklanan oleh Pemerintah akan berkurangan selepas COVID-19," katanya.

Cik He bertanya apakah antara cabaran yang dihadapi sama ada dalam menjejaki keberkasanan kempen pengiklanan Pemerintah mahupun menerbitkan laporan Petunjuk Prestasi Utama.

Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) menggunakan metrik industri yang bertauliah termasuk tanggapan, kadar klikan, kos bagi setiap klik dan jumlah tontonan bagi pengiklanan media digital, kata Encik Tan.

Bagi pengiklanan dalam cetakan, radio dan saluran televisyen percuma (FTA), tinjauan dijalankan bagi mengukur metrik seperti keupayaan mengingati semula mesej yang disampaikan, jelasnya.

Encik Tan menambah bahawa setiap kementerian berada di kedudukan lebih baik untuk menilai pendekatan pengiklanan masing-masing berdasarkan hasil yang ingin dicapai.

"Setiap kementerian perlu menilai dengan teliti peruntukan perbelanjaan bagi pengiklanan mereka dan bertanggungjawab bagi program-program yang dikendalikan," katanya.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan