Iklan kecantikan bukan sekadar jual produk, tetapi guna mesej tersirat untuk pengaruhi pengguna: Kajian SUSS
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan seorang wanita menggunakan produk kecantikan. (Gambar: Unsplash)
Beauty advertisements do more than sell products; they use implied messages to influence consumers: SUSS study
- Associate Professor Lim Beng Soon of SUSS presented a study of beauty advertising at an online seminar on 28 October, alongside four panellists from Singapore, Malaysia and Indonesia.
- The study examined advertisements in Singapore’s Her World magazine in 2007 using Paul Grice’s framework, showing how word choices and images implied that products could deliver radiant, youthful or flawless skin.
- Claims of revolutionary technology, expert testing and efficacy rates of 98 to 100 per cent built credibility, but the basis for some claims and figures was also questioned.
- Persuasive language can link purchases to confidence and self-reward. A survey in the late 1990s showed that many women were sceptical of advertisements, so consumers are advised to assess implied messages critically.
- Profesor Madya Lim Beng Soon dari SUSS membentangkan kajian iklan kecantikan dalam seminar maya pada 28 Oktober, bersama empat ahli panel dari Singapura, Malaysia dan Indonesia.
- Kajian meneliti iklan majalah Her World di Singapura pada 2007 dengan kerangka Paul Grice, menunjukkan pilihan kata dan imej menyiratkan bahawa produk membawa kulit berseri, awet muda atau sempurna.
- Dakwaan seperti teknologi revolusioner, ujian pakar dan angka keberkesanan 98 hingga 100 peratus membina kredibiliti, tetapi asas sesetengah tuntutan dan angka turut dipersoalkan.
- Bahasa pujukan boleh mengaitkan pembelian dengan keyakinan serta ganjaran diri; tinjauan akhir 1990-an menunjukkan ramai wanita meragui iklan, maka pengguna disaran menilai mesej tersirat secara kritis.
SINGAPURA: Iklan produk kecantikan bukan sekadar mempromosikan sesuatu produk, malah menggunakan bahasa, statistik dan mesej tersirat untuk mempengaruhi tanggapan atau persepsi pengguna mengenai kecantikan, keremajaan dan keyakinan diri.
Demikian antara dapatan yang diketengahkan Ketua Pengajian Melayu dan Sastera Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Profesor Madya Lim Beng Soon.
Dapatan itu juga dikongsi Prof Lim dalam pembentangannya bertajuk 'Critical Analysis of Beauty Advertisements: How to make women buy beauty' atau 'Analisis Kritis Iklan Kecantikan: Bagaimana pikat wanita beli produk kecantikan'.
Pembentangan itu turut dibuat sebagai sebahagian daripada perbincangan maya para anggota panel sebuah seminar online pada Rabu (28 Okt).
Prof Lim berkata: “Topik ini sangat penting kerana ia membongkar bagaimana iklan media cetak tradisional sebenarnya meletakkan asas kepada taktik manipulasi psikologi pengguna moden.”
Kajian Prof Lim juga membuktikan bahawa sebaris ayat ringkas dalam majalah wanita bukanlah teks biasa, melainkan satu strategi linguistik yang direka sedemikian rupa dengan teliti.
“Memahami asas ini amat kritikal bagi membantu kita menyedari bahawa teknik 'pelanggaran maksim bahasa’ sudah sekian lama digunakan untuk mengawal tingkah laku pembelian kita.
“Pendedahan kepada kerangka kajian ini membuka minda masyarakat untuk membaca iklan secara kritis dan tidak lagi menerima bulat-bulat apa yang tertulis di dada majalah. Apabila orang ramai menyedari wujudnya makna tersirat yang memaksa minda kita membuat kesimpulan sendiri tentang keberkesanan sesuatu produk kecantikan, mereka akan menjadi pembaca yang lebih kritikal dan berhemah,” kata Prof Lim.
Seminar online itu bertajuk 'Technology Awareness, Acceptance, Rejection: The new innovations that include legit, dubious and fake narratives - Series 1' yang menampilkan seramai lima anggota panel kesemuanya.
Lima anggota panel itu terdiri daripada Prof Lim, Prof Dr Normaliza Abd Rahim dari Universiti Antarabangsa INTI, Malaysia; Profesor Madya Lilis Puspitasari dari Universitas Padjadjaran, Indonesia; Profesor Dr Suraya Amirrudin dari Universiti Sains dan Teknologi Kuala Lumpur, Malaysia dan Profesor Madya Dr Mahendran dari Universiti Antarabangsa INTI, Malaysia.
PENGGUNAAN BAHASA DALAM IKLAN KECANTIKAN
Kajian tersebut meneliti iklan cetak yang dikumpulkan daripada majalah wanita Her World di Singapura pada 2007, dengan memberi tumpuan kepada cara bahasa digunakan untuk menghasilkan makna tersirat atau 'implicatures'.
Analisis itu menggunakan antaranya prinsip kerjasama yang diperkenalkan ahli falsafah bahasa Paul Grice, dengan tajuk, subtajuk, teks dan visual iklan diteliti berdasarkan maksim cara, kuantiti, kualiti dan hubungan.
Antara iklan yang dianalisis menggunakan ungkapan “Love your skin, Love your life” dan “Be radiant”.
Menurut analisis tersebut, ungkapan itu mewujudkan persepsi seolah-olah tanpa produk berkenaan, seseorang mungkin tidak cukup menyayangi kulit atau kehidupannya dan kulitnya tidak cukup berseri.
DAKWAAN SAINTIFIK, STATISTIK BERI KREDIBILITI
Pembentangan Prof Lim turut meneliti iklan yang menggunakan ungkapan seperti 'revolutionary technology' dan 'reconstruct skin' untuk menggambarkan produk tersebut sebagai suatu inovasi besar. Namun, analisis itu mempersoalkan asas bagi beberapa dakwaan tersebut.
Prof Lim juga menjelaskan bahawa iklan tersebut turut menggunakan perangkaan seperti 99 peratus, 98 peratus dan 100 peratus bagi menggambarkan keberkesanan produk dari aspek seperti keanjalan, ketegangan dan seri kulit.
Menurut pembentangan Prof Lim, penggunaan angka sedemikian mempunyai fungsi untuk memberikan kredibiliti kepada dakwaan sesuatu produk, meskipun timbul persoalan mengenai bagaimana peratusan tersebut diperoleh.
Pendekatan serupa dapat dilihat dalam satu lagi iklan mengenai lingkaran hitam dan bengkak di bawah mata.
Tajuk iklan menekankan “lima punca” masalah tersebut, tetapi pembaca kemudian diperkenalkan kepada “satu huraian baharu”.
Iklan itu turut menggunakan ungkapan seperti “Ophthalmologist tested”, “Allergy tested” dan “Formulated for Asian Skins” untuk meyakinkan pengguna mengenai kesesuaian produk tersebut.
PUJUK PENGGUNA MELALUI EMOSI
Satu lagi iklan bagi produk antipenuaan pula menggunakan soalan “The secret of an ageless look?”.
Analisis itu mengetengahkan bagaimana gabungan soalan dan imej peragawati boleh membawa pembaca kepada tafsiran tertentu mengenai rupa yang tidak dimamah usia.
Ada juga iklan yang menggunakan ungkapan seperti “true match”, “match perfectly” dan “blends easily”, yang mengandaikan bahawa terdapat kulit wajah yang benar-benar sempurna dan produk itu boleh membantu pengguna mencapainya.
Slogan terkenal “Because you are worth it” pula dilihat sebagai mesej berunsur pujukan dan boleh mendorong pengguna merasakan mereka layak memanjakan diri dengan barangan mewah.
PENGGUNA TIDAK SEMESTINYA PERCAYA
Namun, pengguna Singapura di tidak seharusnya menerima bulat-bulat semua dakwaan pengiklanan begitu sahaja, kata Prof Lim.
Pembentangan beliau juga memetik satu tinjauan pada akhir 1990-an yang mendapati 45.8 peratus wanita Singapura yang ditinjau tidak percaya bahawa iklan memberikan gambaran sebenar mengenai sesuatu produk.
Kadar itu lebih tinggi dalam kalangan responden berpendidikan lebih tinggi, dengan 52.1 peratus menyatakan mereka tidak mempercayai kebenaran iklan, berbanding 36.3 peratus dalam kalangan responden tanpa ijazah.
Prof Lim turut mengajak pengguna supaya membaca dan memahami bukan sahaja mesej harfiah sesuatu iklan, tetapi juga tujuan persuasif atau manipulatif yang tersirat di sebaliknya.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.