Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

IKEA tarik balik pinggan mangkuk Heroisk, Talrika susuli laporan produk pecah

Peruncit perabot dari Sweden IKEA menarik balik pinggan mangkuk Heroisk dan Talrika kerana produk itu mungkin pecah dan menyebabkan kelecuran jika ia mengandungi makanan atau minuman panas.

Anggaran Waktu Membaca:
IKEA tarik balik pinggan mangkuk Heroisk, Talrika susuli laporan produk pecah

(Gambar: Facebook/IKEA)

Diterbitkan : 18 May 2021 06:17PM Dikemas Kini : 18 May 2021 06:18PM

SINGAPURA: Peruncit perabot dari Sweden IKEA menarik balik pinggan mangkuk Heroisk dan Talrika kerana produk itu mungkin pecah dan menyebabkan kelecuran jika ia mengandungi makanan atau minuman panas.

Walaupun kejadian-kejadian sebegitu tidak dilaporkan di Singapura, IKEA menarik balik produk itu sebagai langkah berjaga-jaga.

"Keselamatan adalah keutamaan bagi IKEA justeru kami mengambil langkah berjaga-jaga dan menarik balik pinggan, mangkuk dan cawan Heroisk dan Talrika kerana ia boleh pecah dan mungkin menyebabkan kelecuran akibat kandungan panas," menurut peruncit itu dalam satu catatan Facebook.

"Kesemua produk kami diuji dan mematuhi piawai dan peraturan sewajarnya. Meskipun begitu, kami menerima laporan produk-produk itu pecah."

Menurut laman IKEA, siri pinggan mangkuk Talrika diperbuat daripada plastik PLA (asid polilaktik), iaitu sebuah bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan yang mampan, boleh diperbaharui dan tahan lasak". IKEA juga menyifatkan produk Heroisk sebagai diperbuat daripada "bahan plastik boleh diperbaharui".

Kedua-dua produk itu tidak lagi dijual di laman web IKEA.

Para pelanggan yang membeli produk-produk berkenaan dinasihati supaya berhenti menggunakannya dan memulangkannya ke cawangan IKEA di Alexandra, Jurong atau Tampines bagi pengembalian wang penuh. Resit pembelian tidak diperlukan, menurut syarikat itu.

Para pelanggan di Singapura boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan IKEA di talian 6786 6868 untuk butiran lanjut.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan