Ikea tarik balik pengecas USB kerana risiko lecur, renjatan elektrik apabila kabel haus
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Ikea
SINGAPURA: Syarikat perabot Sweden Ikea pada Rabu (10 Jan) menarik balik pengecas USB Askstorm 40W berwarna kelabu gelap disebabkan risiko berlaku lecur dan renjatan elektrik apabila kabel kuasa itu haus dan lusuh.
Dalam notis yang dimuat naik di laman webnya, syarikat itu menasihati semua pelanggan yang telah membeli pengecas USB tersebut supaya berhenti menggunakannya dan mengembalikannya ke mana-mana cawangan Ikea untuk mendapatkan bayaran balik penuh tanpa perlu resit pembelian produk berkenaan.
Setakat ini, tiada insiden sedemikian dilaporkan di Singapura, menurut syarikat tersebut.
"Ikea membangunkan produk-produknya menggunakan program penilaian dan ujian risiko yang menyeluruh, dalam memastikan produk-produk tersebut memenuhi semua undang-undang dan piawaian yang ditetapkan di pasaran di mana ia dijual," tambahnya.
"Sungguhpun demikian, kami mendapati kabel kuasa pada pengecas USB Askstorm 40W berwarna kelabu gelap mungkin rosak atau pecah, ketika dibalut pengecas atau dibengkokkan selepas tempoh penggunaan yang lebih lama.
Kabel yang rosak kemudian mungkin boleh menyebabkan berlakunya kelecuran dan renjatan elektrik.
Produk yang terjejas itu boleh dikenal pasti dengan nombor model ICPSW5-40-1" yang tertera pada label di belakang pengecas tersebut.
Tinjauan di laman Ikea Singapore menunjukkan bahawa penyenaraian model USB tersebut telah dipadamkan.
Ia sebaliknya menjual satu lagi versi pengecas USB Askstorm 23W berwarna putih, serta pengecas USB yang lain.
Orang ramai boleh melayari laman syarikat tersebut atau menghubungi pusat khidmat pelanggan di 6786 6868 untuk maklumat lanjut.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.