Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

IKEA tarik balik cermin LETTAN kerana risiko pecah kelengkapan dinding

Anggaran Waktu Membaca:
IKEA tarik balik cermin LETTAN kerana risiko pecah kelengkapan dinding

Cermin LETTAN dari IKEA. (Gambar: IKEA)

SINGAPURA: Gergasi perabot Sweden, IKEA, pada Khamis (12 Jan) mengarahkan penarikan balik cermin LETTAN kerana berisiko memecahkan kelengkapan dinding.

Langkah itu menjejaskan cermin LETTAN dengan cap tarikh sebelum dan termasuk 2105 iaitu menandakan tahun 2021, minggu kelima.

Demikian menurut IKEA dalam satu kenyataan media.

Produk berkenaan mempunyai empat saiz dan kesemuanya terjejas oleh langkah tarik balik itu.

IKEA menambah bahawa tiada insiden dilaporkan di Singapura setakat ini.

IKEA mendapati beberapa kelengkapan yang melekatkan cermin LETTAN pada dinding sudah pecah, lalu menyebabkan cermin itu jatuh tanpa disangka.

Syarikat tersebut meminta para pemiliki produk yang terjejas agar berhenti menggunakannya dan memesan kelengkapan dinding gantian secara percuma.

Setakat pukul 4.30 petang pada Khamis, produk itu masih lagi tersedia untuk pembelian di laman web IKEA Singapura.

Pelanggan boleh melayari laman web IKEA atau menghubungi syarikat itu untuk memesan bilangan penggantian yang diperlukan dengan nombor item 139298/1.

IKEA memohon maaf atas sebarang kesulitan disebabkan oleh tindakan untuk menarik balik produk itu.
 
Sumber : CNA/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan