Ikea SG siasat kes 'serangan' serangga di sofa; kes kedua dalam dua bulan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: qierrachoo/TikTok
SINGAPURA: Sebuah video TikTok yang menunjukkan pepijat kecil di sofa Ikea, mendorong pejabat tempatan gergasi perabot global tersebut untuk melancarkan siasatan ke atas isu tersebut.
Video tersebut, yang dimuat naik pada Isnin (6 Feb), menunjukkan lebih 10 serangga hitam kecil bergerak di sekitar kaki kayu sofa berkenaan dan lapisan fabrik sofa. Ia menarik lebih 73,000 tontonan di TikTok setakat petang Khamis (9 Feb).
Pengguna TikTok "qierrachoo" berkata dia telah membeli sofa tersebut dari Ikea pada Oktober tahun lalu.
Dia kemusian ternampak serangga-serangga kecil di lantai dan kemudian mendapati bahagian bawah sofa tersebut yang diperbuat daripada kayu diliputi serangga hitam.
Dia mengadu bahawa serangga-serangga tersebut sudah merebak ke perabot lain sambil mendakwa bahawa Ikea tidak mengambil semula perabot tersebut sehingga dua minggu kemudiannya.
Masih tidak jelas sama ada serangga tersebut sudah terdapat pada sofa itu ketika ia dibeli dari Ikea atau dari sumber-sumber lain.

Bercakap kepada Mediacorp, seorang jurucakap dari Ikea Singapore berkata firma tersebut sudah menyelesaikan isu itu dengan pelanggan yang terjejas pada Selasa (7 Feb) meskipun butirannya tidak didedahkan.
Jurucakap tersebut menjelaskan bahawa berkenaan sudah memberitahu kedai itu berhubung kebimbangannya mengenai pepijat di sofa pada 30 Januari, iaitu tiga bulan selepas membelinya.
Ikea memastikan semua produknya disembur ubat rawatan sebelum diedarkan, kata jurucakap syarikat itu. Bagaimanapun tambah beliau sukar untuk menjejak masalah serangga kerana ia mungkin berpunca daripada sumber-sumber lain.
"Sumbernya mungkin dari tempat pembekal atau pengeluar, kontena kapal, pelabuhan, kawasan luar gudang atau tempat lain dalam rantaian bekalan."
Ikea sudah melancarkan siasatan dalaman lebih teliti terhadap isu tersebut, termasuk pembungkusan sofa itu.
Jurucakap itu berkata syarikat tersebut menjalankan pemeriksaan bulanan, audit, dan proses kawalan serangga di semua tingkat bangunan runcitnya, gudang, restoran, dan bistro.
Setakat Rabu (8 Feb), tidak ada kes seumpama itu dilaporkan.
Bagi sesiapa yang sudah membeli produk tersebut dan tidak selesa untuk menyimpannya, mereka boleh memulangkannya kepada Ikea untuk mendapatkan semula harga penuh.
Kes tersebut adalah yang kedua melibatkan produk Ikea dalam tempoh dua bulan.
Pada Disember tahun lalu, bakul Knipsa yang diperbuat daripada bahan rumput laut asli ditarik balik penjualannya selepas seorang pelanggan mengadu di TikTok tentang serangan serangga dalam bakul yang dibelinya.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.