Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

IKEA Alexandra, kedai runcit Orchard Road antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

Kedai-kedai di Orchard Road, IKEA Alexandra dan beberapa restoran merata negara dimasukkan ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi kes-kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
IKEA Alexandra, kedai runcit Orchard Road antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

(Gambar-gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 06 Jan 2021 07:53AM Dikemas Kini : 06 Jan 2021 07:57AM

SINGAPURA: Kedai-kedai di Orchard Road, IKEA Alexandra dan beberapa restoran merata negara dimasukkan ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi kes-kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Dalam kemas kininya pada Selasa malam (5 Jan), Kementerian Kesihatan (MOH) turut mendedahkan bahawa para individu yang dijangkiti virus tersebut mengunjungi:

Kedai kopi Choice@215 di Blok 215 Jurong East Street 21 pada 24 Dis, 6.00 petang - 10.00 malam

Hogs Bar & Restaurant di 382 Joo Chiat Road pada 24 Dis, 7.15 malam - 11.00 malam

Cedele Bakery Cafe di Velocity, Novena pada 25 Dis, 2.10 petang - 3.00 petang

IKEA Alexandra pada 25 Dis, 4.40 petang - 5.35 petang

Prive Paragon di Paragon Orchard pada 25 Dis, 7.40 malam - 9.00 malam

Cawangan Zara di 313@Somerset pada 26 Dis, 1.50 tengah hari - 2.30 petang

Cedele All Day Dining di Wheelock Place pada 26 Dis, 4.45 petang - 5.40 petang

Kedai Mayoral di Paragon Orchard pada 26 Dis, 6.05 petang - 6.40 petang

Cedele Bakery Cafe di VivoCity pada 27 Dis, 4.30 petang - 7.45 malam

Kids Fashion Bazaar di Parkway Parade pada 28 Dis, 3.40 petang - 4.45 petang

Restoran The Dragon Chamber di 2 Circular Road pada 29 Dis, 8.55 malam - 11.00 malam


MOH menyatakan bahawa pihaknya sudah memaklumkan individu-individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes yang disahkan.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berada di lokasi-lokasi ini pada waktu yang dinyatakan harus memantau kesihatan mereka dengan teliti selama 14 hari dari tarikh lawatan mereka," tambahnya. MOH.

"Mereka harus berjumpa doktor dengan segera sekiranya mereka mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan hidung berair), serta demam dan kehilangan deria rasa atau bau, dan memberitahu doktor mengenai sejarah pendedahan mereka."

MOH menambah bahawa para individu juga boleh mengakses khidmat Pemeriksaan Sendiri Lokasi Jangkitan SafeEntry melalui aplikasi TraceTogether, aplikasi SingPass, atau di https://wereyouthere.safeentry.gov.sg untuk memeriksa sama ada mereka berada di lokasi-lokasi itu pada waktu tersebut, berdasarkan rekod SafeEntry mereka sendiri.

Orang ramai bagaimanapun tidak perlu mengelakkan tempat-tempat yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19, tegas MOH.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan mendampingi pihak pengurusan premis yang terjejas untuk memberi panduan mengenai pembersihan dan pembasmian kuman.

Pada Selasa, MOH melaporkan 28 kes baru COVID-19, dengan 26 daripadanya diimport. Baki dua kes adalah jangkitan dalam masyarakat.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan