Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ikan tempatan selamat dimakan; 'risiko rendah' minyak merebak ke ladang berhampiran: SFA

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Terdapat "risiko rendah" tumpahan minyak baru-baru ini merebak ke ladang ikan tempatan di Selat Johor.

Demikian menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Ahad (16 Jun).
Dalam satu catatan di Facebook pada Ahad petang, SFA menyatakan bahawa ikan-ikan tempatan "masih selamat untuk dimakan".

"Sedang agensi-agensi bekerja keras untuk membersihkan tumpahan minyak itu, kami ingin memberi jaminan kepada orang awam bahawa terdapat risiko rendah tumpahan minyak tersebut akan merebak ke Selat Johor, di mana terletaknya ladang ikan tempatan kami."
Setakat ini, tiada ladang ikan milik Singapura terjejas daripada tumpahan minyak itu, tambah SFA.

KESAN TERHADAP HIDUPAN MARIN

Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) menyatakan pada Sabtu (15 Jun) bahawa selain kerja-kerja pembersihan yang dijalankan di pantai, ia juga sedang menumpukan untuk mengurangkan kesan terhadap perairannya dan hidupan liar.

Menurut pengasas Marine Stewards, Sue Ye, kumpulan itu tahu tentang seekor burung raja udang (kingfisher) yang diselamatkan dari Marina di Keppel Bay. Seekor lagi burung raja udang dilumuri minyak di Pulau Sekijang Pelepah.

"Kami juga melihat gambar ikan-ikan mati, dan memerang dilumuri minyak," katan Cik Ye.

Pertubuhan Bukan Pemerintah (NGO) itu sedang membantu usaha menyelamat dan pemulihan hidupan marin yang terjejas bersama Friends of Marine Park. ACRES juga sedia untuk membantu, tambah Cik Ye.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan