Ijazah Kedoktoran & Sarjana NUS persiap jururawat bagi peranan berubah-ubah
Sekolah perubatan terbesar Singapura bakal melancarkan program Ijazah Kedoktoran dalam Kejururawatan Amali yang pertama di negara ini.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekolah perubatan terbesar Singapura bakal melancarkan program Ijazah Kedoktoran dalam Kejururawatan Amali yang pertama di negara ini.
Kursus Kejururawatan Universiti Nasional Singapura (NUS) juga akan diperluaskan ke peringkat Sarjana dalam tiga bidang baharu.
Ini sedang usaha diperhebatkan untuk menyediakan lebih banyak laluan kerjaya bagi jururawat, mempersiapkan mereka menghadapi peranan yang berubah-ubah sedang penduduk Singapura semakin menua.
"Keperluan terhadap jururawat masih terus berubah dan kini berubah dengan lebih pantas, kerana penduduk semakin menua dan menyebabkan kepelbagaian jenis pesakit.
"Apabila pesakit semakin berusia, mereka semakin kurang memerlukan rawatan episodik, tetapi jagaan yang lebih diselaraskan dan menyeluruh untuk menguruskan keadaan kesihatan yang berbagai dan rumit dengan lebih baik lagi," kata Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung.
"Kami memerlukan strategi SkillsFuture bagi penjagaan kesihatan dan untuk kejururawatan. Kami perlu berganding bahu dengan rakan-rakan IHL untuk melaksanakan strategi ini," tambah beliau.
Ijazah Kedoktoran dalam Kejururawatan Amali direka untuk melengkapkan jururawat yang berpengalaman dengan kemahiran seperti kepimpinan dan kepakaran klinikal lanjutan.
Program dua tahun itu akan bermula bulan ini dengan 16 pelajar.
Tiga program Sarjana baharu yang ditawarkan Kejururawatan NUS akan memberi tumpuan kepada bidang yang semakin mendapat permintaan, seperti penjagaan kritikal, kawalan jangkitan dan kesihatan masyarakat.
Semua program baharu direka untuk menawarkan fleksibiliti supaya jururawat boleh terus bekerja sambil melanjutkan pelajaran.
"Sebagai jururawat yang sudah bekerja dalam lebih kurang 30 lebih tahun, dengan kursus ini, saya akan jadi lebih tahu tentang modul-modul yang kita biasanya tidak akan sentuh dalam bidang jururawat seperti dasar jagaan kesihatan, kepimpinan pertubuhan, transformasi kepimpinan, innovasi dan kursus transformasi," kata seorang bakal pelajar Doktor Kejururawatan, Katherine Leong.

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.