Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

IHL tingkat kerjasama dengan pihak industri, sediakan peluang pekerjaan

Anggaran Waktu Membaca:
 IHL tingkat kerjasama dengan pihak industri, sediakan peluang pekerjaan

Gambar fail pelajar-pelajar politeknik menjalani latihan amali.

Diterbitkan : 12 Mar 2022 05:24PM Dikemas Kini : 12 Mar 2022 05:25PM

SINGAPURA: Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IHL) mengukuhkan kerjasama dengan pihak industri untuk menyediakan peluang bagi graduan dan pekerja pertengahan kerjaya.

Kerjasama antara IHL dan pihak industri itu bertujuan untuk melengkapi rakyat dengan kemahiran bagi memenuhi keperluan ekonomi yang pesat berubah.

Kementerian Pendidikan (MOE) mengumumkan politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan meningkatkan usaha dengan pemimpin sektor swasta daripada lima sektor termasuk pengilangan dan sekitaran binaan.

Ia bertujuan untuk menarik lebih ramai bakat tempatan untuk bekerja di dalam sektor-sektor berkenaan dan mewujudkan budaya yang menyokong peningkatan kemahiran.

MOE juga akan meneliti cara untuk menyokong pekerja tempatan dalam pertengahan kerjaya.

MOE akan melancarkan Program Peralihan Kerjaya SkillsFuture (SCTP) yang bakal dimulakan bulan depan.

Ia akan menjadi program tetap untuk individu yang mencari kerja mendapat sokongan latihan sebelum dipadankan dengan majikan yang sesuai.

Subsidi juga akan diberikan untuk mengikuti kursus-kursus program tersebut bagi mereka yang memerlukan.

Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan