Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Iftar ‘mesra alam’ yang pertama di Masjid An-Nahdhah

Pernahkah mendengar ‘iftar mesra alam’ atau Green Iftar? Ramai yang pastinya belum pernah mendengarnya, namun itulah yang dijalankan di Masjid An-Nahdhah.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pernahkah mendengar ‘iftar mesra alam’ atau Green Iftar? Ramai yang pastinya belum pernah mendengarnya, namun itulah yang dijalankan di Masjid An-Nahdhah.

Masjid An-Nahdhah bersama-sama dengan Pusat Harmoni buat julung-julung kalinya tahun ini, menerapkan pendekatan ‘Iftar Hijau’ yang bermakna kesemua jemaah dan tamu undangan dijamu dengan cara yang tidak mencemar alam. Iaitu:

- menggunakan perkakas pakai buang yang diperbuat dari bahan mudah urai (biodegradable)

- makanan dihidangkan di atas daun pisang, yang jelas sangat alami

- mereka disajikan dengan pilihan-pilihan makanan lebih sihat

Para peserta juga nampaknya ‘makan berdamai’ di atas dulang dan tidak menggunakan pinggan plastik secara individu.

Sekitar 200 orang termasuk para jemaah masjid dan 40 rakan Pusat Harmoni dari pelbagai pertubuhan dan agama menyertai majlis iftar itu.

Dengan inisiatif itu, ini bermakna kempen Ramadan di Singapura memasuki satu lagi fasa baru. Iaitu bukan setakat menggalak makan secara sihat, tetapi juga secara yang tidak mencemar alam sekitar.

Tidak kurang menarik, acara iftar secara kreatif itu disertai juga wakil-wakil dari dua buah gereja Katolik dan Presbyterian, Persekutuan Tao, anggota berbilang agama SMU, ahli Kelab Masyarakat Bishan East dan Honestbee.com.

Iftar Hijau itu disenyawakan dengan semangat ukhuwah antara agama dengan pihak masjid dan Pusat Harmoni membina jembatan setiakawan dengan para penganut agama lain.

Secara bersama-sama, iftar yang menjadi santapan mereka disiapkan secara beramai-ramai sebagai sebahagian daripada ‘pesta kesihatan’.

Majlis Iftar Hijau itu berlangsung kelmarin (18 Jun), dengan tema Menjalin Hubungan Silang Kepercayaan Menerusi Iftar Mesra Sekitaran.  

Sumber : BERITA Mediacorp/nk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa