Skip to main content

Singapura

Identiti lelaki didapati palsu setelah kematiannya, dedah Mahkamah Koroner

Anggaran Waktu Membaca:
Identiti lelaki didapati palsu setelah kematiannya, dedah Mahkamah Koroner

Mahkamah Negara di Singapura. (Gambar fail: Jeremy Long)

SINGAPURA: Setelah bapa mereka meninggal dunia secara tiba-tiba akibat penyakit atau sebab semula jadi, sebuah keluarga digemparkan dengan berita mengejutkan apabila menyedari nama bapa mereka selama ini bukanlah nama sebenar beliau.

Identiti bapa mereka - Abdul Rahman Majid - sebenarnya milik seorang lelaki yang tidak mereka kenali, dan telah menghuni sebuah rumah kebajikan sejak 1994.

Usaha siasatan mendedahkan sebilangan petunjuk, namun berdepan beberapa jalan buntu. Ini sedang mahkamah koroner diberitahu pada Selasa (18 Jul) bahawa siasatan dilancarkan ke atas kematian lelaki tanpa identiti itu.

KEMATIAN LELAKI ITU TIMBUL TANDA TANYA

Lelaki itu mempunyai seorang isteri dan lima orang anak lelaki. Anak sulungnya telah diberikan kepada individu lain setelah dilahirkan. Beliau tinggal bersama anak bongsunya di sebuah flat sewa di Geylang Bahru.

Pada 5 Ogos tahun lalu, lelaki tersebut ditemui terlentang dan tidak bernafas di ruang tamu. Anak bongsunya, yang menghidap schizophrenia seperti ibunya, kemudian menghubungi polis.

Setibanya polis di tempat kejadian, mereka pertama sekali mengenal pasti lelaki tersebut sebagai Encik Abdul Rahman Majid. Ini berdasarkan nama yang dicetak pada bahagian "bapa" dalam sijil kelahiran anak bongsunya itu.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia pada hari yang sama. Beliau tidak mempunyai sebarang kecederaan mahupun tanda adanya pergelutan yang berlaku dalam flat tersebut. Punca kematian disahkan akibat sebab semula jadi pada awalnya, daripada penyakit arteri koronari.

Siasatan polis bagaimanapun menyelongkar perkara yang pelik. Polis tidak menemui sebarang pasport atau kad pengenalan milik lelaki itu dalam flat berkenaan.

Hanya sekeping pas tapak binaan lama dan pas UOB Plaza dijumpai dengan gambar lelaki tersebut dan nama "Abdul Rahman Majid".

Malah, cap jari lelaki yang maut itu tidak sepadan dengan sebarang rekod dalam pangkalan data negara, mahupun dalam pangkalan data Malaysia atau Indonesia.

Sampel darah bagaimanapun menunjukkan bahawa empat daripada anak lelaki tersebut, kecuali anak sulungnya, merupakan anak kandung lelaki tersebut.

ABDUL RAHMAN MAJID YANG SEBENAR

Pegawai penyiasat menjejaki Encik Abdul Rahman yang sebenar. Beliau merupakan penghuni jangka panjang di rumah tersebut sejak 1994, disebabkan penyakit schizophrenia kroniknya. Beliau kini berusia 69 tahun.

Inspektor Ng Yun Ning mengadakan sesi soal siasat yang ringkas dengan Encik Abdul Rahman, yang hanya dapat memberi respons dengan menggeleng dan mengangguk kepalanya sahaja.

Inspektor Ng menunjukkan gambar lelaki yang telah meninggal dunia itu, dan beliau menggeleng kepalanya untuk menjelaskan bahawa beliau tidak mengenali lelaki berkenaan.


Koroner Negara Adam Nakhoda menjelaskan kepada anak lelaki keempat serta isteri mendiang, yang menghadiri perbicaraan tersebut pada Selasa, bahawa siasatan perlu dijalankan kerana identiti lelaki yang meninggal dunia itu tidak diketahui.


SIASATAN LANJUT

Koroner tersebut mengarahkan pegawai penyiasat tersebut untuk menjalankan siasatan tambahan.

Dapatan akan didedahkan kelak.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita