Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Identiti kukuh perlu bagi sebuah negara kekal berdaya bingkas - K Shanmugam

Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata satu identiti yang kukuh diperlukan untuk sebuah negara kekal berdaya bingkas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Mar 2019 09:44PM Dikemas Kini : 09 Mar 2019 09:56PM

SINGAPURA: Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata satu identiti yang kukuh diperlukan untuk sebuah negara kekal berdaya bingkas.

Encik Shanmugam menekankan tanpa itu, akan wujud satu generasi yang tiada berakar.

Beliau berkata demikian di satu acara masyarakat untuk melancarkan pameran menampilkan kampung-kampung lama di estet Nee Soon.

Pameran seni oleh artis tempatan, Sunny Ng itu, memaparkan 36 karya yang memaparkan keadaan kampung-kampung Chong Pang dan Chye Kay lebih 50 tahun dulu.

Menukil projek tersebut sebagai satu contoh, Encik Shanmugam berkata kemajuan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Lantaran itu, beliau menambah untuk sebuah masyarakat berdaya tahan, rakyatnya mesti berpegang teguh kepada budaya dan identiti mereka.

Bagi kemajuan yang bermakna, Encik Shanmugam berkata jati diri seseorang adalah sangat penting.

Sumber : CNA/FZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan