Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Identiti 6 peguam pelatih yang tipu dalam peperiksaan kelayakan didedahkan

Anggaran Waktu Membaca:
Identiti 6 peguam pelatih yang tipu dalam peperiksaan kelayakan didedahkan

Pejabat Peguam Negara. (Gambar fail)

Diterbitkan : 27 Apr 2022 07:04PM Dikemas Kini : 27 Apr 2022 07:05PM

SINGAPURA: Identiti enam peguam pelatih yang tipu dalam peperiksaan Peguam 2020 mereka didedahkan selepas hakim Mahkamah Tinggi pada Rabu (27 Apr) membatalkan perintahnya supaya nama mereka disunting.

Enam daripada mereka yang dinamakan dalam penghakiman ex-tempore adalah, Monisha Devaraj, Kushal Atul Shah, Sreeraam Ravenderan, Lynn Kuek Yi Ting, Matthew Chow Jun Feng dan Lionel Wong Choong Yoong.

Hakim Choo Han Teck berkata beliau meluluskan permohonan oleh Peguam Negara untuk membatalkan perintah agar nama calon-calon disunting atas sebab "kepentingan awam yang luar biasa" dalam perkara tersebut.

"Pada mulanya saya percaya dengan nama calon-calon ini disunting, ia akan membolehkan mereka melalui proses pemulihan tanpa sebarang gangguan,namun kini saya rasa lebih baik ia dinyatakan kepada orang awam daripada disembunyikan, kata Hakim Choo.

Hakim Choo sebelum ini mengarahkan agar nama calon-calon berkenaan tidak didedahkan supaya tidak menjejas kerjaya mereka dalam jangka panjang.

Hakim Choo memutuskan untuk menangguhkan permohonan lima peguan pelatih tersebut selama enam bulan dan selama 12 bulan bagi seorang lagi calon.

Penghakiman ex tempore pada Rabu tidak menjelaskan jika enam permohonan tersebut adalah sebahagian daripada kumpulan lima calon itu.

PELUANG KEDUA

Pada Rabu, Hakim Choo berkata Persatuan Guaman Singapura (LawSoc) ada "tanggungjawab baru" dalam memberikan bantuan kepada pemphon yang terlibat dalam kes berkenaan.

"Saya pasti ada ramai anggota LawSoc yang bersedia untuk menghulurkan bantuan," tambah beliau.

Seramai 11 peguam pelatih didapati menipu dalam peperiksaan kelayakan mereka untuk diterima menjadi peguam pada 2020.

Selepas permohonan enam peguam pelatih itu ditangguhkan, Pejabat Peguam Negara memaklumkan bahawa Peguam Negara sedang mempertimbangkan permohonan lima lagi peguam pelatih yang didapati menipu.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan