Skip to main content

Singapura

Idea belia diterapkan dalam pembangunan Somerset Belt

Anggaran Waktu Membaca:
Idea belia diterapkan dalam pembangunan Somerset Belt

(Gambar: ZARCH)

Diterbitkan : 08 Feb 2025 08:53PM Dikemas Kini : 08 Feb 2025 08:54PM
SINGAPURA: Golongan muda di Singapura akan bekerja rapat dengan para perancang dan arkitek sepanjang enam bulan akan datang untuk membangunkan 'Kawasan Somerset' menjadi daerah yang tertumpu kepada belia.

Ia melibatkan 30 belia berumur antara 15 hingga 35 tahun yang diajak menyumbang kepada konsep dan reka bentuk kawasan tersebut.

Ini bagi memastikan kawasan Somerset mencerminkan sifat dinamik dan kepelbagaian generasi muda Singapura.

Daerah tersebut dijangka siap pada tahun 2027.

Kumpulan itu akan memberi tumpuan kepada reka bentuk terperinci, berdasarkan Pelan Induk Kawasan Somerset yang digariskan pada 2020.

Pelan tersebut merupakan hasil usaha pendampingan dengan lebih 9,000 belia pada tahun 2019 mengenai harapan mereka bagi pembangunan kawasan tersebut.

Sebagai permulaan, kumpulan belia itu mengikuti bengkel pertama daripada tiga buah bengkel di mana mereka juga akan berkhemah semalaman pada Sabtu (8 Feb) dan Ahad (9 Feb).

Tujuannya adalah untuk mengkaji penggunaan kawasan Somerset pada waktu malam serta menentukan identiti visualnya.

Pada Sabtu, Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Alvin Tan menyertai kumpulan belia tersebut untuk saling berkongsi pandangan.

"Fikirkan tentang falsafah-falsafah yang membantu kita mereka bentuk negara ini, dan terapkannya untuk mereka bentuk Kawasan Somerset anda, untuk 'memulakan semula' Kawasan Somerset anda, dan fikirkan apa yang paling penting bagi anda.

"Bagaimana anda mengimbangi antara apa yang anda inginkan dan sumber-sumber yang kita ada?" soal Encik Tan.
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita