Skip to main content

Singapura

Idea bagi pembangunan semula platform terapung Marina Bay dialu-alukan

Orang awam dialu-alukan untuk berkongsi idea-idea dan saranan bagi kemudahan, kegiatan dan pameran yang mereka ingin lihat di NS Square. Demikian menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) dalam satu kenyataan bersama pada Isnin (29 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Idea bagi pembangunan semula platform terapung Marina Bay dialu-alukan

(Gambar: Penguasa Pembangunan Semula Bandar)

Diterbitkan : 29 Apr 2019 04:08PM Dikemas Kini : 29 Apr 2019 04:10PM

SINGAPURA: Orang awam dialu-alukan untuk berkongsi idea-idea dan saranan bagi kemudahan, kegiatan dan pameran yang mereka ingin lihat di NS Square. Demikian menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) dalam satu kenyataan bersama pada Isnin (29 Apr).

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan pada 2017 bahawa The Float @ Marina Bay akan dibangunkan semula sebagai ruang tetap dan dinamakan semula sebagai NS Square.

"The Float @ Marina Bay dibina sebagai sebuah pentas sementara pada 2007 dan terdapat beberapa keterbatasan pada struktur sedia ada, yang tidak direka untuk penggunaan jangka panjang.

"Para penganjur sering menghadapi kesukaran menganjurkan acara-acara di tempat itu kerana hanya kemudahan asas disediakan. Malah, akses ke pantai juga terhad pada hari acara dan ini menjejas pengalaman orang awam untuk menikmati kawasan Marina Bay" menurut kenyataan media itu.

Dalam membangunkan semula platform terapung Marina Bay dan galeri tempat duduk, MINDEF dan MND menyatakan tujuannya adalah untuk mengubah kawasan itu menjadi ruang untuk orang awam menikmati seni, budaya dan aktiviti sukan di pantai sepanjang tahun.

Orang awam boleh menghantar maklum balas menerusi laman Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) sehingga 24 Mei atau laman NS Square sehingga 30 Jun.

Mereka akan dapat melihat rekaan kumpulan terpilih bagi pembangunan baru NS Square di sebuah pameran awam pada 2020. Butiran lanjut mengenai pameran awam itu akan dikongsi menghampiri tarikhnya nanti.

Sumber : CNA/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita