Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ICA, SFA rampas 280kg hasil tanaman diimport secara haram di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sekitar 280 kilogram hasil tanaman yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas dalam operasi bersama oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 12 dan 13 September lalu.

Demikian didedahkan dalam satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan pada Selasa (17 Sep) oleh kedua-dua agensi tersebut.

Antara hasil tanaman yang dirampas termasuk kacang panjang, peria dan bawang putih yang sudah dikupas.

S
Gambar: SFA

Semasa operasi tersebut dijalankan, pegawai ICA menemui kelainan pada barangan yang dibawa masuk oleh dua buah lori, lalu merujuk mereka ke SFA bagi pemeriksaan lanjut untuk dijalankan.

Kedua-dua pengimport didapati tidak mengisytiharkan sesetengah barang yang diimport masuk dan membuat pengisytiharan tidak menepati jumlah sebenar.

Di Singapura, makanan yang diimport mesti diisytiharkan dan mempunyai permit import yang sah.

Mereka yang mengimport buah-buahan dan sayuran segar secara haram boleh dikenakan denda S$10,000, dihukum penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Siasatan masih dijalankan terhadap kes itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan