ICA semak status PR Ong Beng Seng kerana bersubahat halang proses keadilan
Anggaran Waktu Membaca:
Ong Beng Seng dalam kenderaan semasa tinggalkan Mahkamah Negara pada 15 Ogos 2025. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Status Penduduk Tetap (PR) hartawan hartanah Ong Beng Seng akan disemak Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) selepas dia didenda kerana bersubahat menghalang proses keadilan pada Jumaat (15 Ogos).
Sebagai maklum balas kepada pertanyaan Mediacorp, ICA menyatakan bahawa status PR penduduk tetap Singapura yang sabit kesalahan akan disemak semula.
“ICA akan menyemak status PR Encik Ong Beng Seng memandangkan dia sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman,” kata penguasa itu pada Jumaat.
Ong, 79 tahun, didenda S$30,000 pada Jumaat kerana bersubahat dengan mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran dalam kes menghalang proses keadilan.
Hakim Daerah Utama Lee Lit Cheng bersetuju dengan pihak pendakwa dan pembela bahawa belas kasihan kehakiman wajar diberikan, dan mengenakan denda maksimum yang boleh dikenakan oleh mahkamah daerah, menggantikan hukuman penjara tiga bulan.
Beliau berkata hukuman penjara boleh membawa risiko tinggi kepada nyawa Ong kerana beliau menghidap barah yang tidak boleh diubati serta mengalami imuniti yang lemah dan lebih terdedah kepada jangkitan luar biasa dan serius.
Barah itu juga merosakkan sebahagian daripada sistem rangka badannya, menjadikannya lebih mudah terjatuh.
Hakim Lee menjelaskan bahawa risiko ini akan meningkat jika Ong dipenjarakan walaupun ditempatkan di wad perubatan, dan risiko terjatuh juga akan bertambah.
Ong minggu lalu mengaku bersalah dan mengakui telah mengatur untuk mengenakan bil kepada Iswaran sebanyak S$5,700 kepada Singapore GP bagi tiket penerbangan kelas perniagaan dari Doha ke Singapura.
Ong, seorang warga Malaysia, berpindah ke Singapura pada tahun 1950 ketika berusia empat tahun, menurut laporan New Straits Times.
Hartawan itu menubuhkan Hotel Properties Limited (HPL) pada 1981, yang kemudiannya disenaraikan di Singapura pada tahun berikutnya.
Ong juga merupakan individu di sebalik Singapore GP, yang membawa perlumbaan Grand Prix Formula 1 ke Singapura pada 2008.

Sumber : CNA/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.