Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ICA sangkal khabar angin dakwa lebih 100 pelawat dari Wuhan tidak dibenarkan masuk S'pura

Khabar angin yang mendakwa lebih 100 pelancong dari Wuhan tidak dibenarkan masuk ke Singapura adalah palsu.

Anggaran Waktu Membaca:
ICA sangkal khabar angin dakwa lebih 100 pelawat dari Wuhan tidak dibenarkan masuk S'pura
Diterbitkan : 25 Jan 2020 05:41PM Dikemas Kini : 25 Jan 2020 05:44PM

SINGAPURA: Khabar angin yang mendakwa lebih 100 pelancong dari Wuhan tidak dibenarkan masuk ke Singapura adalah palsu.

Dalam satu kenyataan hari ini (25 Jan) Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyatakan pihaknya maklum tentang berita yang tersebar online.

Namun menurutnya, berita itu tidak benar dan insiden itu tidak berlaku.

ICA menasihatkan orang ramai supaya jangan membuat spekulasi atau menyebar maklumat yang tidak sahih.

Untuk perkembangan terkini mengenai virus korona, orang ramai boleh melayari lelaman kementerian kesihatan.  

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan