Skip to main content

Singapura

ICA penerima Anugerah Khidmat Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2026

Anggaran Waktu Membaca:
ICA penerima Anugerah Khidmat Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2026

(Gambar: K Shanmugam\Facebook)

Diterbitkan : 21 Mar 2026 07:40AM Dikemas Kini : 21 Mar 2026 07:41AM
SINGAPURA: Markas Lapangan Terbang Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dianugerahkan Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia Skytrax 2026.

Pencapaian itu didedahkan oleh Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara K Shanmugam dalam catatan Facebook pada Jumaat (20 Mac).

"Pencapaian hebat memandangkan ICA perlu memproses jumlah pelawat yang ramai setiap hari di Lapangan Terbang Changi.

"Semua ini tidak mungkin berlaku tanpa kerja keras dan dedikasi pegawai ICA kami, serta penggunaan teknologi ICA yang berkesan, termasuk pelepasan tanpa pasport, yang telah mengurangkan purata masa pelepasan daripada 25 saat kepada 10 saat," kata Encik Shanmugam.

"Tahniah saya ucapkan kepada Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan," kata Encik Shanmugam sebelum mengakhiri catatannya.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita