ICA patahkan 2 percubaan seludup ketum di Pusat Pemeriksaan Woodlands
Menurut ICA, ketum boleh didapati dalam bentuk daun-daun segar, daun-daun kering atau serbuk. Daun-dauan segar tersebut boleh dikunyah sementara daun-daun kering dan serbuk itu boleh dijadikan minuman setelah ia direbus.

Dua beg plastik cecair yang dipercayai ketum. (Gambar: Biro Narkotik Pusat)
SINGAPURA: Ketum barangkali boleh dianggap sebagai minuman herba, namun ketum dilarang di Singapura. Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu catatan Facebook pada hari Jumaat (29 Jun).
Ketum, juga dikenali sebagai "kratom", "ithang", "biak biak" atau "thom", adalah bahan terkawal. Ia mengandungi dadah terlarang Mitragynine dan 7-Hydroxymitragynine.
Para pegawai ICA menggagalkan dua percubaan untuk membawa ketum dalam bentuk cecair menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands awal minggu ini. Kedua-dua kes ini melibatkan para penunggang motosikal Malaysia, yang dirujuk kepada Biro Narkotik Pusat (CNB).
Sekiranya didapati bersalah, kedua-duanya boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 30 tahun dan disebat sekurang-kurangnya lima kali.
Menurut ICA, ketum boleh didapati dalam bentuk daun-daun segar, daun-daun kering atau serbuk. Daun-dauan segar tersebut boleh dikunyah sementara daun-daun kering dan serbuk itu boleh dijadikan minuman setelah ia direbus.
Institut Kebangsaan Penyalahgunaan Dadah yang berpangkalan di Amerika Syarikat menyatakan bahawa daun-daun ketum mengandungi bahan-bahan psikoaktif yang boleh membuat seseorang menjadi bercelaru. Ia menambah bahawa bentuk-bentuk komersil ketum kadang-kadang dicampur dengan bahan-bahan lain yang mengakibatkan penggunanya mati.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.