Skip to main content

Singapura

ICA laksana pelepasan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis

Anggaran Waktu Membaca:
ICA laksana pelepasan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis

(Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)

SINGAPURA: Berita baik bagi anda yang sering menaiki bas untuk ke seberang tambak.

Tidak lama lagi, anda tidak perlu menunjukkan pasport apabila melintasi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas apabila menaiki bas.

Mulai Isnin (16 Dis), ICA akan melaksanakan pelepasan menggunakan kod QR secara berperingkat di semua laluan automatik dan laluan bantuan khas di dewan bas kedua-dua pusat pemeriksaan darat, bermula dengan Tuas.

Tambah ICA, pelepasan menggunakan kod QR bagi penumpang bas akan dilaksanakan sepenuhnya di kedua-dua pusat tersebut menjelang pertengahan Januari.

Langkah itu menyusuli satu ujian rintis melibatkan lebih 48,000 pengunjung.

Semua penumpang bas, termasuk mereka yang berkerusi roda, boleh menjangkakan waktu perjalanan lebih singkat.

Bagi keluarga empat anggota contohnya, waktu pelepasan dapat dipendekkan sekitar 40 saat.

Pelawat asing yang mengunjungi Singapura buat kali pertama bagaimanapun masih perlu menunjukkan pasport.

Mereka hanya dapat menggunakan kod QR pada perjalanan yang berikut.

Waktu menunggu dan barisan lebih pendek juga boleh dijangka bagi Pusat Pelayaran Marina Bay.

Biometrik pengecam wajah dan iris mata akan menggantikan pemeriksaan bagi rakyat Singapura di pusat pelepasan tersebut.

Pelawat asing juga boleh lakukan sedemikian sekiranya mereka berangkat dari Singapura.

Menurut ICA, ia akan melaksanakan langkah serupa secara bertahap-tahap di semua pusat pemeriksaan laut.
Sumber : CNA//fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita