Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ICA henti keluarkan sijil kelahiran dan kematian fizikal mulai 29 Mei

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 May 2022 08:02PM Dikemas Kini : 08 May 2022 09:50PM

SINGAPURA: Sijil kelahiran dan kematian akan dikeluarkan dalam bentuk digital mulai 29 Mei dan bukan lagi dalam bentuk fizikal.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyatakan kedua-dua jenis sijil itu dianggap sah.

Ibu bapa bayi yang baru dilahirkan boleh memuat turun sijil kelahiran anak mereka selepas melakukan pendaftaran di aplikasi LifeSG.

Selepas pendaftaran tersebut berjaya, ibu bapa akan dimaklumkan untuk memuat turun sijil kelahiran digital anak mereka di lelaman ICA.

Ibu bapa akan diberi tempoh 90 hari untuk memuat turun sijil kelahiran digital tersebut. Sijil itu boleh disimpan di dalam peranti peribadi mereka.

Bayaran S$18 akan dikenakan buat setiap sijil kelahiran digital.

Sementara itu, pendaftaran kematian akan dilakukan secara automatik selepas seorang doktor mengesahkan kematian secara online.

Waris terdekat kemudian akan mendapat sijil kematian digital.

Pengamal perubatan atau kakitangan hospital akan memberikan maklumat waris seperti nombor sijil kematian digital untuk membolehkan mereka memuat turun sijil tersebut dari portal My Legacy.

Waris diberikan tempoh sehingga 30 hari untuk memuat turun sijil tersebut. Sijil itu boleh disimpan di dalam peranti peribadi mereka.

Mereka yang memerlukan bantuan tentang proses pendaftaran kelahiran atau kematian baru itu boleh menghubungi talian khas 24 jam di 6589 8707, atau kunjungi Bangunan ICA dan pusat ServiceSG yang disediakan di merata Singapura.

Sumber : CNA/EM/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan