Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ICA hanya keluarkan pas jangka panjang digital mulai 27 Feb

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) tidak akan mengeluarkan kad fizikal pas jangka panjang (LTP) mulai 27 Februari dan akan menggantikannya dengan versi digital. 

Langkah tersebut tertakluk kepada LTP dan Pas Pelajar yang dikeluarkan pihak berkuasa itu, dan Pas Tanggungan yang diluluskan Kementerian Pembangunan Sosial dan keluarga (MSF), menurut ICA dalam kenyataan medianya pada Jumaat (10 Feb). 

Kad fizikal LTP yang dikeluarkan sebelum tarikh itu masih sah dipakai sehingga ia tamat tempoh atau dibatalkan. 

Mulai 27 Februari, pemegang LTP juga boleh mengakses pas digital mereka menerusi aplikasi MyICA, khidmat elektronik MyICA di lamannya atau FileSG. 

FileSG merupakan wadah pengurusan dokumen digital yang membolehkan masyarakat awam mengakses dan memuat naik dokumen-dokumen yang dikeluarkan Pemerintah. 

Mereka yang mempunyai akaun Singpass juga boleh melihat LTP digital mereka di aplikasi Singpass, termasuk penaja pemegang LTP bawah usia 15 tahun. 

"ICA sudah memaklumkan perubahan ini kepada agensi-agensi awam, sekolah dan misi asing," menurut ICA. 

Pihak berkuasa itu menyatakan, langkah tersebut mengurangkan keperluan untuk pemohon mengunjungi bangunan ICA secara fizikal untuk mengambil kad fizikal kerana prosesnya "kini digital dari permulaan hingga akhir". Pemegang pas juga tidak lagi berisiko kehilangan atau merosakkan kad fizikal mereka. 

Terdapat dua cara untuk mengesahkan LTP digital, iaitu Imbas kod QR atau memuat naiknya dalam format fail yang tertentu ke portal FileSG. 

Mereka yang ingin mengakses dan memuat naik LTP digital mereka dikehendaki log masuk ke aplikasi MyICA, laman ICA atau FileSG, menggunakan Singpass. 

"Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun Singpass, mereka boleh log masuk menggunakan Nombor Pengenalan Asing (FIN), tarikh lahir dan ID urus niaga unik yang dihantarkan menerusi emel, memaklumkan kepada mereka bahawa LTP digital mereka sudah sedia," menurut ICA. 

"Mereka juga dikehendaki mengisi kata laluan sekali sahaja (OTP) sebelum dapat mengakses LTP digital mereka." 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan