ICA gagalkan 57,400 kes cuba seludup barang terlarang pada 2025; naik 30.6% berbanding 2024
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah percubaan menyeludup barang terlarang yang berjaya dipatahkan pada 2025 meningkat lebih 30 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut laporan tahunan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Isnin (23 Feb).
Kira-kira 57,400 kes barang terlarang dikesan di pusat-pusat pemeriksaan Singapura pada 2025, meningkat 30.6 peratus daripada sekitar 43,900 kes pada 2024.
ICA mengaitkan peningkatan kes yang dikesan dengan kemahiran untuk mengenal pasti profil penyeludup yang lebih baik dalam kalangan pegawai pusat pemeriksaannya, serta usaha lebih bersasar yang dipertingkatkan oleh Pusat Sasaran Bersepadu (ITC) ICA dan kerjasama rapat dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain.
Mengenai peningkatan kes tersebut, ICA menyatakan: “Beberapa kes melibatkan penyeludupan rokok haram dalam kereta dengan kompartmen yang diubah suai atau disembunyikan di celah-celah barangan lain di dalam lori. Terdapat juga lebih banyak pengesanan import haram melibatkan hasil tani segar dan diproses dalam jumlah yang besar.”
Kes penyeludupan vape adalah antara yang dikesan, di mana ICA membongkar 667 kes di kesemua pusat pemeriksaan pada 2025, dan merampas lebih 350,000 vape serta komponennya.
Dalam satu kes sedemikian pada Mac tahun lalu, para pegawai ICA menemui 23,642 vape dan komponen berkaitan yang disembunyikan di dalam konsainan pelbagai produk makanan dalam sebuah lori berdaftar di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Tuas.
Penguatkuasaan terhadap penyeludupan vape di pusat pemeriksaan udara, darat, dan laut Singapura dipertingkatkan tahun lalu di tengah-tengah tindakan tegas yang lebih meluas.
Denda yang lebih berat bagi kesalahan berkaitan vape juga mula dikuatkuasakan pada September tahun lalu, dengan etomidate - bahan bius yang ditemui dalam vape yang dibubuh dadah (dikenali sebagai Kpod) - disenaraikan sebagai dadah Kelas C di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Dalam satu lagi kes penyeludupan barang terlarang, para pegawai ICA di Stesen Imbasan Pasir Panjang pada Ogos lalu mematahkan percubaan menyeludup rokok dan tembakau yang tidak dibayar cukai selepas mengesan keganjilan pada imbasan yang dijalankan.
Sebanyak 42,000 karton rokok dan 4,800 paket tembakau seludup - diisytiharkan sebagai permaidani getah - ditemui di dalam kontena tersebut.
Jumlah pengesanan dadah kekal sama seperti tahun 2024 dengan lebih 1,000 kes dikesan. Antaranya termasuk dua kes penyeludupan dadah berasingan di Pusat Pemeriksaan Woodlands tahun lalu yang melibatkan beberapa kilogram heroin dan dadah haram lain.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.