Skip to main content

Singapura

ICA beri amaran laman palsu Kad Ketibaan SG, aduan polis dibuat

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Khamis (17 Dis) memberi amaran mengenai laman palsu Kad Ketibaan SG yang memancing butiran peribadi para pengunjung yang tiba di Singapura dan meminta bayaran AS$30 (S$39) untuk menghantar kad itu.

Anggaran Waktu Membaca:
ICA beri amaran laman palsu Kad Ketibaan SG, aduan polis dibuat

Laman palsu Kad Ketibaan SG.

Diterbitkan : 17 Dec 2020 05:50PM Dikemas Kini : 17 Dec 2020 05:56PM

SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Khamis (17 Dis) memberi amaran mengenai laman palsu Kad Ketibaan SG yang memancing butiran peribadi para pengunjung yang tiba di Singapura dan meminta bayaran AS$30 (S$39) untuk menghantar kad itu.

Laman berkenaan, www.singapore-arrival-card.com, "mendakwa adalah kad ketibaan elektronik yang diperkenalkan oleh ICA untuk menggantikan borang kertas kad pelepasan/ketibaan", demikian menurut ICA.

"Kami ingin menjelaskan bahawa khidmat elektronik SGAC yang rasmi oleh ICA tidak memerlukan pengunjung untuk membuat sebarang bayaran bagi mengisi borang itu secara online.

"ICA memandang serius terhadap laman palsu sedemikian kerana ia menjejas kepercayaan awam terhadap sistem dan proses kami," tambah ICA.

Laman rasmi yang sebenar. (Gambar: ICA)

ICA menyatakan aduan polis sudah dibuat dan ia akan terus berusaha untuk menurunkan laman itu serta terus memantau situasi.

"ICA ingin menasihatkan orang awam supaya berwaspada supaya anda tidak menjadi mangsa laman-laman palsu sedemikian," tambahnya.

Para pengunjung yang perlu menggunakan khidmat Kad Ketibaan SG secara online harus melungsuri laman ICA di https://eservices.ica.gov.sg/sgarrivalcard atau memuat turun aplikasi mudah alih SG Arrival Card dari Apple App Store atau Google Play.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita