ICA batal kelulusan, gantung penaja permohonan mencurigakan
Pihak imigresen Singapura mula menerima permohonan bagi wanita-wanita Vietnam untuk masuk ke negara ini sebagai temanita lelaki rakyat Singapura apabila pelawat jangka pendek dari negara itu diharamkan masuk ke sini mulai Februari lalu.
SINGAPURA: Pihak imigresen Singapura mula menerima permohonan bagi wanita-wanita Vietnam untuk masuk ke negara ini sebagai temanita lelaki rakyat Singapura apabila pelawat jangka pendek dari negara itu diharamkan masuk ke sini mulai Februari lalu.
Namun, banyak permohonan itu, mencurigakan.
Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata demikian di Parlimen hari ini (26 Jul).
Oleh itu, pihak berkuasa katanya telah membuat keputusan membatalkan kelulusan dan tidak lagi membenarkan penaja serta pelawat bagi permohonan pada masa depan.
"Kami adakan kategori teman lelaki/temanita semasa pandemik tahun lalu pada Oktober atas sebab belas kasihan....namun jika sistem itu disalah gunakan, kita harus hentikannya," jelasnya mengenai kategori permohanan itu yang disalah guna pemohon untuk masuk bekerja secara haram sebagai pelayan.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Singapura juga melakukan lebih 200 operasi terhadap tempat-tempat KTV yang sudah bertukar kepada operasi menjual makanan dan minuman.
Sejak Oktober lalu, secara purata, satu serbuan dijalankan setiap hari.
Mereka mengesan hampir 60 pelanggaran di bawah Akta Hiburan Awam atau Minuman Keras serta hampir 600 pelanggaran langkah pengurusan selamat.
Antara kelompok COVID-19 baru-baru ini melibatkan pusat-pusat KTV.
Sejak 16 Julai lalu, pusat-pusat KTV yang telah mengubah operasi menjual makanan dan minuman, dilarang berniaga selama dua minggu sejak 16 Julai.
Namun, pihak berkuasa akan membantu pusat-pusat KTV yang melakukan perniagaan sedemikian secara sah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.