Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ICA akan percepat pelepasan imigresen & laluan automasi Lapangan Terbang Changi

Anggaran Waktu Membaca:
01:28 Min
Pemeriksaan imigresen untuk memasuki Singapura akan dipercepat dan dipermudahkan.
Diterbitkan : 06 May 2022 08:28PM Dikemas Kini : 06 May 2022 11:16PM

SINGAPURA: Pemeriksaan imigresen untuk memasuki Singapura akan dipercepat dan dipermudahkan.

Pihak berkuasa sedang berusaha agar para penduduk dapat kembali ke negara ini tanpa perlu menyerahkan pasport.

Sebaliknya, pemeriksaan akan dilakukan menerusi pengesahan biometrik mata dan muka.

Sepanjang tiga tahun akan datang, bilangan laluan berautomasi di Lapangan Terbang Changi juga akan digandakan.

Ia adalah sebahagian daripada rancangan transformasi digital ICA yang didedahkan semasa seminar pelan kerja agensi itu.

Pada separuh kedua tahun ini, para pelawat boleh mendaftarkan biometrik sebaik tiba di Singapura.

Mereka boleh menjalani pemeriksaan berautomasi ketika mereka berlepas dan lawatan-lawatan seterusnya ke negara ini.

Laluan-laluan diperluas, dikenali sebagai Laluan Bantuan Khas, juga akan diperkenalkan di Lapangan Terbang Changi.

Ia bagi kegunaan para penumpang yang mengalami masalah pergerakan, keluarga dengan anak-anak kecil dan warga tua.

Sedang lebih banyak proses imigresen dialihkan ke wadah digital, para pegawai ICA dilatih untuk menjalankan tugas lebih kompleks dan bukan rutin.

Lebih 5,000 pegawai ICA akan dilatih sebelum penghujung tahun depan.

Ini termasuk dalam kemahiran seperti mengecam profil dan menyoal siasat untuk mengenal pasti pelawat yang mencurigakan.
 

Sumber : Agensi berita/ZM/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan