Ibu tiri beri keterangan serangan 'tidak normal' ke atas kanak-kanak perempuan 5 tahun; tertuduh menangis lihat rakaman video
Gambar fail Mahkamah Agung Singapura.
Pihak pendakwaan memainkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan lelaki berusia 43 tahun itu memukul, menumbuk dan menendang budak perempuan itu, yang hanya memakai lampin, dalam salah satu pukulan rutin yang berlaku sebelum serangan maut itu.
Budak perempuan itu kelihatan ketakutan, menangis dan menyembunyi di satu sudut dalam usaha untuk melarikan diri, dengan kakinya gemetar ketakutan, manakala adik lelakinya duduk dengan tenang sejengkal lengan darinya dengan kepala menunduk.
Tertuduh menonton rakaman itu dengan kepala di tangannya, kemudian menutup mukanya dan menangis.
Lelaki itu, yang tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti mangsa dan adik lelakinya yang masih hidup, meminta dibicarakan sehari sebelum pertuduhan membunuh.
PENDAKWA MAINKAN RAKAMAN PENDERAAN
Timbalan Pendakwa Raya Norine Tan memainkan klip yang diekstrak sama ada daripada telefon tertuduh atau isterinya - mereka masing-masing mempunyai aplikasi pada telefon mereka yang menunjukkan rakaman langsung dan rakaman- rakaman daripada kamera CCTV yang mereka sediakan di mana mangsa dan adiknya dikurung.
Wanita tersebut berkata tertuduh akan memukul kedua-dua kanak-kanak itu dengan tangannya, menampar dan menumbuk mereka, atau merotan mereka. Biasanya ia adalah kerana mereka mengoyakkan lampin mereka.
Wanita itu akan cuba menghalangnya apabila dia gelisah atau benar-benar marah "kerana cara dia memukul, benar-benar tidak normal".
Wanita berkenaan menambah dia tidak akan melakukan apa-apa untuk menghalang lelaki tersebut selain menjerit apabila dia bertindak sedemikian kerana dia akan memukul atau menolak sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya.
Ketika disoal siasat oleh Cik Tan, isteri tertuduh mengaku dia memukul mangsa dan adik lelakinya beberapa kali. Ditanya bagaimana perasaannya, dia berkata: "Saya rasa bersalah. Saya berasa sedih. Saya berasa menyesal kerana memukul mereka."
"Jika anda berasa bersalah, mengapa anda memukul mereka lagi sehingga lima atau enam kali?" tanya Cik Tan.
"Ini kerana mereka mahu makan najis dan tidak mendengar cakap saya," jawab wanita itu.
Perbicaraan masih diteruskan.
Jika sabit kesalahan membunuh di bawah Seksyen 300(c), lelaki itu boleh dihukum mati, atau dipenjarakan seumur hidup dengan sebatan rotan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.