Skip to main content

Singapura

Ibu pejabat polis Clementi dipindahkan ke tempat lain, beri laluan kepada pembinaan CRL

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ibu pejabat polis Clementi dan pusat kejiranan polis itu akan dipindahkan ke tempat lain untuk memberi laluan kepada pembinaan Laluan Rentas Pulau (CRL).

Demikian menurut polis pada Selasa (17 Okt).

Ia akan berpindah ke 6 Lempeng Drive pada 31 Oktober dan berhenti beroperasi di bangunan sedia ada di 20 Clementi Avenue 5.

"Khidmat polis tidak akan terjejas oleh pemindahan tempat itu," jelas pihak polis.

"Pusat Kejiranan Polis Clementi akan terus memenuhi keperluan para penduduk dan rakan masyarakat dari tapak baharu itu."

Kerja-kerja pembinaan bagi stesen pertukaran CRL di Clementi dijangka bermula pada suku pertama 2024.

Sebuah usaha sama antara cabang tempatan syarikat China Communications Construction dan Perbadanan Sinohydro diberi kontrak S$514 juta bagi reka bentuk dan pembinaan stesen CRL Clementi.

Laluan bawah tanah sepenuhnya CRL merupakan laluan MRT kelapan Singapura. Ia akan menyediakan khidmat bagi pembangunan sedia ada dan akan datang di koridor timur, timur laut dan barat, menghubungkan hab utama seperti Daerah Tasik Jurong, Daerah Digital Jurong dan kawasan Changi.

Fasa Kedua CRL, yang diumumkan pada September 2022, pula sepanjang kira-kira 15 kilometer dan akan terdiri daripada enam stesen - Turf City, King Albert Park, Maju, Clementi, West Coast dan Daerah Tasik Jurong.

Khidmat penumpang bagi Fasa Kedua CRL dijangka bermula pada 2032.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita