Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ibu M Nasir meninggal dunia pada usia 88 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu M Nasir meninggal dunia pada usia 88 tahun

Petikan poster konsert 'M Nasir, Satu Hikayat'. (Gambar: Facebook/M.Nasir)

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer terkenal, M Nasir kehilangan ibunya, Aesah Yahya yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun di kediamannya di Singapura pada Ahad (26 Mac).

Pemergian Allahyarhamah Aeshah sekitar pukul 4.15 petang semalam akibat sakit tua menurut isteri M Nasir, Marlia Musa menerusi hantaran di laman sosial Instagram.

“Bonda kesayangan kami, Hajjah Aesah Yahya baru sahaja meninggalkan kami ke negeri abadi,” tulisnya.

Sejumlah artis popular turut berkongsi rasa duka dan simpati atas pemergian Allahyarhamah ibu M Nasir itu menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram Marlia.

Antara mereka adalah Anuar Zain, Haiza, Alif Satar, Nad Zainal dan Elly Mazlein, menurut Astro AWANI.

Pada Januari 2021, bapa M Nasir iaitu Mohamed Sam menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun, juga disebabkan sakit tua.

Bagaimanapun, M Nasir yang merupakan anak keempat daripada sembilan adik-beradik, ketika itu tidak dapat pulang ke Singapura untuk menghadiri pengebumian arwah bapanya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu pandemik COVID-19.
 
Sumber : Agensi berita/AW/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan