Ibu lecurkan anak 5 tahun sehingga maut disabit kesalahan membunuh susuli rayuan pendakwa
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ibu kepada kanak2 berusia lima tahun yang meninggal dunia akibat kelecuran yang dialaminya didapati bersalah atas tuduhan membunuh hari ini (12 Jul) menyusuli rayuan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa
Mahkamah Rayuan juga menambah hukuman dari hukuman penjara selama 27 tahun kepada hukuman penjara seumur hidup ke atas bapa kanak-kanak lelaki itu. Pasangan, yang masing-masing berusia 30 tahun itu, sebelum ini dikenakan hukuman pada 2020 kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan cara yang berbahaya.

Azlin Arujunah dan suaminya Ridzuan Mega Abdul Rahman masing-masing pada awalnya dijatuhi hukuman 27 tahun penjara. Ridzuan juga dikenakan 24 sebatan rotan dan Azlin menerima tambahan 12 bulan penjara sebagai ganti, memandangkan wanita tidak boleh dikenakan sebatan rotan.
Dengan rayuan yang dikemukakan, tuduhan Azlin ditukar menjadi tuduhan membunuh di bawah Seksyen 300c Kanun Keseksaan, yang boleh dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup.
Mahkamah rayuan menangguhkan perbicaraan untuk mempertimbangkan hukuman Azlin apabila pihak pendakwa dan pihak peguam bela membentangkan hujah lanjut.
Hakim Mahkamah Tinggi Valerie Thean pada 2020 membebaskan pasangan itu daripada tuduhan membunuh dengan niat yang sama.
Ini setelah mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan elemen niat yang sama dalam perbuatan pasangan tersebut.

KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN
Mahkamah rayuan semasa membentangkan dapatannya dalam penghakiman setebal 131 muka surat itu menyatakan bahawa "tidak ada kes di mana mahkamah dibentangkan dengan isu yang dihadapi oleh mahkamah ini."
Ini kerana, pihak pendakwa mahu membuktikan kebertanggungjawapan Azlin atas dua kelakuan jenayah yang dilakukan oleh orang lain - iaitu insiden lecur yang kedua dan keempat yang dilakukan oleh Ridzuan - sebagai sebahagian daripada keseluruhan tuduhan pembunuhan terhadapnya.
Hakim kemudian berkata bahawa ia membabitkan "tafsiran yang diperluaskan" mengenai niat yang sama ataupun niat yang dikongsi oleh beberapa individu yang melakukan perbuatan jenayah.
Isu utama dalam siasatan mereka adalah sama ada tafsiran tersebut boleh diterima. Hakim kemudian mendapati bahawa ia benar, berdasarkan tafsiran mereka tentang peruntukan relevan dalam Kanun Keseksaan.
Hakim kemudian berkata bahawa perbuatan-perbuatan Azlin dan niatnya dalam empat kejadian itu sudah cukup untuk mensabitkannya dengan tuduhan membunuh di bawah seksyen 300c.
BAPA DIJATUHI HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP
Pada 2020, Hakim Thean mendapati bahawa hukuman penjara seumur hidup tidak wajar bagi Ridzuan dan Azlin kerana tindakan mereka bukanlah kes "yang paling teruk" di bawah tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan dengan cara yang berbahaya.
Namun, Mahkamah Rayuan menukar hukuman Ridzuan kepada hukuman penjara seumur hidup selepas mendapati bahawa hakim perbicaraan gagal untuk mempertimbangkan beberapa faktor penting.
Ketua Hakim Sundaresh Menon berkata mangsa yang tertekan itu hanya boleh dinilai dengan mempertimbangkan kejadian kelecuran kerana ia dilakukan pada kulit yang sudah berulang kali cedera dan mengalami kecederaan yang teruk.
Satu lagi faktor adalah Azlin dan Ridzuan melakukan tindakan itu terhadap seorang kanak-kanak yang tidak boleh mempertahankan diri sendiri di dalam rumah mereka. Penderaan terhadap mangsa juga berlaku selama empat bulan.
Mahkamah juga mendapati bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Ridzuan adalah salah satu kesalahan yang teruk dan mewajarkan hukuman penjara seumur hidup.
Rayuan tersebut diputuskan oleh Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon dan Hakim Andrew Phang, Judith Prakash, Tay Yong Kwang dan Steven Chong.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.