Ibu lecurkan anak 5 tahun sehingga maut dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang wanita yang melecurkan anaknya, yang berusia lima tahun sehingga maut dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Rayuan.
Dalam penghakiman bertulis pada Selasa (18 Okt), mahkamah turut memutuskan bahawa suaminya, yang sudahpun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup sebelum ini, tidak berdepan dengan hukuman sebatan rotan.
Azlin Arujunah dan suaminya Ridzuan Mega Abdul Rahman, yang masing-masing berusia 30 tahun itu, menyebabkan kematian anak mereka dengan menyimbah atau menuang air panas pada anak lelaki itu selama seminggu pada Oktober 2016.
Kanak-kanak lelaki itu turut mengalami penganiayaan lain termasuk dipukul dengan penyangkut baju, dicubit dengan playar dan dikurung dalam sangkar kucing.
Kanak-kanak itu akhirnya tersungkur ketika disimbah air panas di tandas pada 22 Oktober 2016 dan tidak lagi bergerak. Dia dibawa ke hospital selang enam jam selepas itu oleh kerana kedua-dua ibu bapanya takut diberkas.
Sebelum ini, pasangan itu didakwa atas kesalahan membunuh, yang mana tuduhannya dikurangkan kepada kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan cara yang berbahaya.
Pasangan itu masing-masing pada awalnya dijatuhi hukuman 27 tahun penjara, dengan sebatan rotan bagi Ridzuan dan Azlin menerima tambahan 12 bulan penjara sebagai ganti, memandangkan wanita tidak boleh dikenakan sebatan rotan.
Pihak pendakwa raya mengemukakan rayuan tersebut, yang mana Mahkamah Rayuan membenarkannya, sekali gus sabit kesalahan membunuh ke atas Azlin.

SEBAB-SEBAB HUKUMAN MATI TIDAK DIJATUHKAN BAGI AZLIN
Mahkamah menyatakan bahawa faktor utama yang dipertimbangkan berhubung menjatuhkan hukuman mati ke atas Azlin adalah dapatan hakim yang mendedahkan bahawa Azlin tidak "memahami sepenunya kemungkinan" anaknya itu akan maut akibat tindakannya.
Hakim perbicaraan juga tidak mendapati sebarang bukti bahawa Azlin berniat untuk menyebabkan kecederaan yang cukup untuk menyebabkan kematian, yang mana merupakan sebab hakim membebaskan Azlin daripada tuduhan membunuh sebelum ini.
Namun, Mahkamah Rayuan mendapati Azlin sengaja menyebabkan kelecuran tanpa memahami bahawa sekurang-kurangnya terdapat kemungkinan yang ia boleh membunuh anaknya.
Azlin pernah menjelaskan dalam kenyataannya kepada polis bahawa dia menyangka bahawa kecederaan tersebut akan pulih dengan sendiri, sambil memetik pengalamannya ketika dilecur ibu bapanya semasa kecil.
Dia juga cuba memberi "rawatan" kepada anaknya, meskipun malangnya ia terbukti tidak mencukupi, menurut mahkamah.
TIADA SEBATAN BAGI RIDZUAN
Bagi Ridzuan, mahkamah membatalkan arahan untuk mengenakan sebatan rotan sepertimana yang dirayu pihak pendakwa. Hakim mendapati bahawa Ridzuan hanya terlibat dalam dua daripada empat insiden menyebabkan kelecuran yang membawa kepada kematian anaknya.
Dia juga didapati meletakkan minyak berubat pada kanak-kanak lelaki itu dan meminta ibu saudaranya menyapu bedak pada anaknya itu.
Mahkamah bertegas bahawa ia tidak akan melaksanakan "pertimbangan dua kali" bagi faktor-faktor tertentu dengan menambah 12 sebatan rotan kepada hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan ke atas Ridzuan.
"Seperti yang dinyatakan oleh hakim (perbicaraan), Ridzuan yang 'memperkenalkan keganasan ke dalam keluarga dan rumah melalui penderaan awalnya terhadap Azlin', dan yang melakukan perbuatan penganiayaan yang pertama ke atas mangsa yang terkorban," nyata mahkamah.
Tindakan penderaan yang lebih teruk dilakukan oleh Ridzuan, termasuk menggunakan playar pada anaknya, meletakkan sudu yang dipanaskan pada tapak tangannya dan menumbuk hidungnya sehingga mengalami keretakan tulang.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.