Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ibu dituduh buang bayi sudah direman 3 bulan, hakim gesa percepat siasatan

Seorang wanita yang dituduh meninggalkan bayinya di dalam sebuah corong sampah di Bedok North pada Januari sudah direman tiga bulan, dengan hakim mendesak pihak pendakwaan agar mempercepat siasatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu dituduh buang bayi sudah direman 3 bulan, hakim gesa percepat siasatan

(Gambar fail: Cindy Co)

Diterbitkan : 14 May 2020 03:15PM Dikemas Kini : 14 May 2020 03:19PM

SINGAPURA: Seorang wanita yang dituduh meninggalkan bayinya di dalam sebuah corong sampah di Bedok North pada Januari sudah direman tiga bulan, dengan hakim mendesak pihak pendakwaan agar mempercepat siasatan.

Wanita berusia 26 tahun, yang tidak boleh didedahkan namanya untuk melindungi identiti anaknya, direman sejak 15 Februari.

Dia didakwa ketika itu mendedahkan anaknya dengan niat untuk meninggalkannya dengan menghumbankannya ke dalam corong sampah sekitar jam 6.15 pagi pada 7 Jan.

Bayi yang baru lahir itu dilaporkan ditemui oleh beberapa pekerja pembersihan sampah ketika mereka ternampaknya dibungkus dengan beg plastik pasar raya dengan kesan darah.

Selepas didakwa, wanita itu direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk pemerhatian psikiatri.

Namun oleh kerana tiga bulan telah berlalu, hakim menggesa pihak pendakwaan untuk mempercepat penyiasatan dan mendapatkan "kedudukan yang kukuh" sebelum perbicaraan berikutnya.

Dengan mengambil kira tempoh reman, pihak pendakwa polis mengatakan mereka ingin menawarkan jaminan yang lebih rendah sebanyak S$10,000.

Peguam wanita itu berkata anak guamnya "malangnya tidak dapat membayar jaminan", tetapi mengatakan dia ingin dibebaskan untuk mendapatkan akses kepada anaknya.

Peguam bela bertanya kepada pihak pendakwaan apakah mereka sedang mempertimbangkan untuk melepaskan, atau menggugurkan tuduhan.

Pihak pendakwa berkata bahawa beliau tidak dapat mendedahkan kedudukannya dan meminta peguam untuk menulis surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk maklumat lebih lanjut.

Beliau meminta kes ditangguhkan enam minggu untuk menyelesaikan siasatan dan memperkukuh laporan perubatan, dengan penjelasan dari IMH.

Namun, pihak pembelaan meminta tempoh penangguhan yang lebih pendek.

Hakim menangguhkan kes itu hingga 11 Jun.

Sekiranya disabit kesalahan mendedahkan anaknya dengan niat untuk membuangnya, wanita itu boleh dipenjara hingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya hukuman.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan