Ibu didakwa atas kematian bayi 8 bulan, bapa didakwa gagal lindunginya
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Jeremy Long/CNA
SINGAPURA: Seorang wanita berusia 21 tahun pada Selasa (3 Sep) didakwa atas kematian bayi lelakinya berusia lapan bulan, manakala bapa kepada anak itu, yang berusia 25 tahun, didakwa kerana gagal melindungi bayi terbabit.
Chloe Gan Ci Xuan dan Neo Jia Ming masing-masing dikenakan satu tuduhan di bawah Seksyen 304C, kerana menyebabkan dan membiarkan kematian seorang kanak-kanak berusia bawah 14 tahun yang tinggal di rumah yang sama.
Mereka ditahan reman dan tampil di mahkamah menerusi persidangan video. Tiada "gag order" atau mahkamah perintah dikeluarkan untuk melindungi identiti mangsa.
Gan dituduh menyebabkan kematian Trevor Neo Yu Hin akibat "perbuatan yang melanggar undang-undang" yang tidak diperincikan. Insiden berlaku dalam sebuah flat di Blok 210, Hougang Street 21 pada 1 September.
Kertas tuduhan itu menyatakan bahawa Gan, ibu bayi terbabit, sepatutnya sedar tentang risiko kecederaan parah yang disebabkan perbuatannya terhadap anaknya, "berdasarkan jenis dan intensiti" "perbuatannya yang menyalahi undang-undang" terhadap bayi tersebut.
Neo, bapa bayi tersebut, dituduh gagal untuk mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi anak lelakinya daripada perbuatan menyalahi undang-undang Gan, yang sekali gus menyebabkan kematian bayi itu.
Rekod menunjukkan bahawa Gan dan Neo berkahwin pada 2 Ogos 2023.
Pendakwa raya polis meminta ibu bapa tersebut ditahan selama tiga minggu, menegaskan bahawa pertuduhan itu boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Kedua-dua Gan dan Neo boleh ditahan reman dan kes mereka akan disebut semula pada 24 September.
Pihak polis menyatakan dalam satu kenyataan sebelum ini bahawa pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kes tersebut di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) pada awal pagi 2 September. Ibu bapa bayi lelaki tersebut kemudian diberkas.
Jika sabit kesalahan membiarkan kematian seorang kanak-kanak di bawah usia 14 tahun dalam rumah yang sama, Neo boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan didenda atau disebat.
Gan boleh berdepan dengan hukuman yang sama kerana membiarkan kematian seorang kanak-kanak dalam rumah yang sama, tetapi tidak boleh disebat memandangkan dia seorang wanita.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.