Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ibu dengan skizofrenia terlepas hukuman mati; tikam anak perempuan 8 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang wanita berusia 35 tahun mengalami skizofrenia, yang tidak dirawat selama bertahun-tahun, ketika dia menikam anak perempuannya yang berusia lapan tahun hingga mati pada tahun lalu, mahkamah diberitahu pada Selasa (20 Sep).

Wanita itu berkelakuan tidak menentu pada hari-hari sebelum pembunuhan itu, dengan 'suara-suara' memberitahunya bahawa anaknya itu adalah 'roh jahat' yang harus dihapuskan.

Dia menikam anaknya berpuluh-puluh kali pada bahagian leher, badan, muka, lengan dan tangannya di bilik tidur flat mereka di Geylang Lorong 31 - sedang seorang lagi anak perempuannya yang berusia empat tahun, menyaksikan insiden itu.

Pada Selasa, wanita warga Singapura, yang kini berusia 36 tahun, didapati menyebabkan kematian mangsa tetapi dibebaskan daripada hukuman mati disebabkan oleh fikirannya yang tidak waras.

Di bawah Kanun Prosedur Keseksaan, dia akan "dijaga" di sebuah institusi psikiatri, penjara atau tempat-tempat lain yang sesuai untuk jangka masa yang tidak ditentukan atas budi bicara Presiden.

Identitinya tidak boleh didedahkan atas arahan mahkmah bagi melindungi mangsa dan adik perempuannya.
Sumber : Today/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan