Ibu buat laporan polis, lebam pada anak perempuan 3 tahun disangka dari prasekolah tetapi amah pelakunya
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: iStock
SINGAPURA: Selepas berulang kali melihat lebam pada tubuh anak perempuannya yang berusia tiga tahun, seorang wanita membuat laporan polis kerana menyangka prasekolah anaknya yang bertanggungjawab.
Namun, pelakunya ternyata pembantu rumah keluarga itu yang menjadi gementar selepas mendengar tentang laporan polis tersebut lantas menimbulkan syak wasangka majikannya.
Pembantu rumah berusia 39 tahun itu, yang tidak boleh dinamakan atas perintah larangan mahkamah untuk melindungi identiti mangsa, mengaku bersalah pada Khamis (15 Dis) atas dua tuduhan mendera seorang kanak-kanak di bawah jagaannya.
Empat lagi tuduhan akan dipertimbangkan sewaktu menjatuhkan hukuman.
Mahkamah diberitahu bahawa tertuduh yang berasal dari India dan mula bekerja untuk keluarga mangsa pada Julai 2020.
Tugasnya termasuk menjaga mangsa dan adiknya yang berusia setahun.
Pada pertengahan 2021, ibu mangsa mula menyedari ada lebam pada tubuh anak perempuannya. Pembantu rumah itu mendakwa tidak tahu menahu punca lebam itu apabila ditanya mengenainya.
Ibu kanak-kanak itu tidak menyiasat lebih lanjut kerana menyangka anaknya cedera semasa bermain.
Namun, pada Januari 2022, beliau melihat kesan lebam di belakang anak perempuannya, lantas mengesyaki budak itu didera. Beliau sekali lagi bersemuka dengan pembantu rumah itu yang menafikan sebarang salah laku.
Ibu mangsa kemudian mengesyaki penderaan itu berlaku di prasekolah anak perempuannya dan membuat laporan polis.
Namun apabila prasekolah itu memeriksa rakaman televisyen litar tertutupnya (CCTV) ia mendapati tiada apa-apa yang mencurigakan.
Sementara itu, ibu mangsa memerhatikan pembantu rumah itu kelihatan gugup selepas laporan polis dibuat. Beliau mula curiga dan memeriksa rakaman CCTV di rumahnya.
Klip video yang dimainkan di mahkamah menunjukkan tertuduh berulang kali mencubit kanak-kanak tiga tahun itu, yang sedang berbaring sama ada unutk cuba tidur atau minum susu.
Pembantu rumah itu mencubit dada, lengan, perut dan belakang gadis itu selain menampar dahi, mulut, muka dan tangannya. Ada kalanya, budak itu akan bangun dari tidur dan menangis akibat dicubit.
Hakim menangguhkan hukuman kepada Januari.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.