Skip to main content

Singapura

Ibu bapa yang dera, abai anak tidak boleh tuntut penyaraan di bawah pindaan undang-undang

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu bapa yang dera, abai anak tidak boleh tuntut penyaraan di bawah pindaan undang-undang

Gambar hiasan: iStock

Diterbitkan : 05 Jul 2023 12:11AM Dikemas Kini : 05 Jul 2023 12:12AM

SINGAPURA: Ibu bapa yang mendera atau mengabaikan anak-anak mereka serta gagal menunaikan kewajipan mereka tidak akan dapat menuntut bantuan kewangan daripada anak-anak itu apabila mereka dewasa kelak di bawah pindaan terhadap Rang Undang-Undang, yang diluluskan pada Selasa (4 Jul).


Dalam ucapan pembukaannya, Anggota Parlimen (AP) Seah Kian Peng (PAP-Marine Parade) menekankan bahawa Akta Penyaraan Ibu Bapa tidak bermatlamat untuk menggubal undang-undang atau menguatkuasakan ketaatan terhadap ibu bapa, tetapi untuk memastikan anak-anak menyediakan keperluan asas minimum untuk ibu bapa mereka yang lanjut usia.

Encik Seah menambah bahawa ia mungkin menyebabkan mangsa penderaan berasa tertekan untuk menjalani perbicaraan di bawah Akta tersebut kerana ia memerlukan mereka untuk berdepan dengan ibu bapa mereka setelah mengelak daripada mereka untuk bertahun-tahun lamanya; dan berkemungkinan menceritakan pengalaman yang mereka telah cuba melupakan.


Di bawah pindaan-pindaan tersebut, ibu bapa dengan rekod mendera atau mengabaikan anak-anak mereka mesti mendapatkan kebenaran daripada Tribunal Penyaraan Ibu bapa sebelum terus mengemukakan dakwaan mereka, bagi mengelak dari membiarkan mangsa melalui proses tersebut.

Encik Seah menerajui kumpulan kerja yang dianggotai sembilan individu, yang dibentuk pada 2022, untuk menyemak semula Akta tersebut. Akta itu berkuat kuasa pada 1995.

Akta tersebut menyediakan warga emas, yang tidak dapat menyara kehidupan mereka dengan secukupnya, dengan saluran undang-undang bagi menuntut penyaraan daripada anak-anak mereka.

Kali ini, kumpulan kerja tersebut mengusulkan empat pindaan utama kepada rang undang-undang tersebut bagi mengelak warga emas, yang tidak memenuhi tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa untuk tidak menyalah guna Akta itu, dan mempertingkatkan sokongan bagi ibu bapa lanjut usia yang diabaikan.

Sekitar satu daripada empat kes di Pejabat Pesuruhjaya, dan satu dalam tiga kes di tribunal, melibatkan anak-anak yang dikatakan diabaikan, didera atau tidak dipertanggungjawabkan oleh ibu bapa mereka sewaktu mereka kecil.

Ibu bapa kini perlu mengisytiharkan rekod penderaan atau pengabaian terhadap anak-anak yang dituntut mereka. Rekod rasmi termasuk Perintah Perlindungan Peribadi, Perintah Jagaan dan Perlindungan dan
sabitan jenayah.

Pesuruhjaya akan merujuk kepada pangkalan data rasmi untuk mendapatkan rekod dan kemudian boleh menolak atau menamatkan pendamaian, dan ibu bapa kemudiannya perlu menghadap tribunal untuk mendapatkan kebenaran meneruskan tuntutan itu.


Bagi anak-anak tanpa rekod rasmi dalam pangkalan data, mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan, kata Encik Seah.


Di bawah pindaan baru tersebut, presiden atau timbalan presiden tribunal kini boleh menolak permohonan remeh atau menyusahkan, dan bukan hanya apabila terdapat tiga anggota tribunal.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita