Skip to main content

Singapura

Ibu bapa titipan akan diberi akses digital kepada rekod kesihatan, pendidikan anak titipan

Ibu bapa titipan tidak lama lagi akan mendapat akses digital kepada rekod kesihatan dan pendidikan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu bapa titipan akan diberi akses digital kepada rekod kesihatan, pendidikan anak titipan

Keluarga titipan juga akan terus menerima pakej bantuan menyeluruh pemerintah dalam bentuk subsidi dan sokongan, menurut Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Keluarga. (Gambar: iStock)

Diterbitkan : 08 Apr 2026 07:52PM Dikemas Kini : 08 Apr 2026 07:53PM
SINGAPURA: Ibu bapa titipan tidak lama lagi akan mendapat akses digital kepada rekod kesihatan dan pendidikan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Pihak berkuasa sedang berusaha untuk membolehkan mereka membuat janji temu - contohnya melalui HealthHub bagi pihak kanak-kanak itu.

Buat masa ini, ibu bapa titipan memerlukan bantuan ibu bapa kandung untuk mengakses data sedemikian.

Sebilangan Anggota Parlimen menggesa pihak Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) supaya membantu merapatkan jurang sedia ada bagi memastikan kesinambungan penjagaan kesihatan yang lebih baik untuk kanak-kanak titipan.

Menteri Negara Goh Pei Ming berkata pertimbangan utama ialah jenis data yang boleh diakses oleh ibu bapa titipan, latar belakang penjagaan serta hubungan si anak dengan ibu bapa kandung mereka.

"Keadaan boleh menjadi sensitif, oleh itu kami perlu pertimbangkan semua itu semasa mengatur data yang tersedia kepada ibu bapa titipan.

"Namun pada akhirnya, pertimbangan utama ialah kami mahu pastikan ibu bapa titipan ada maklumat yang diperlukan untuk menyediakan penjagaan yang diperlukan untuk kanak-kanak itu dan memastikan kepentingan terbaik si anak dijaga," kata Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga, Goh Pei Ming.
Sumber : CNA/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita