Ibu bapa mohon penjelasan, timbang semula tindakan undang-undang susuli kesilapan terkini Cordlife
Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah cawangan Cordlife di Hospital Mount Elizabeth Novena pada 1 Disember 2023. (Gambar: TODAY/Ooi Boon Keong)
SINGAPURA: Para ibu bapa yang menyimpan darah tali pusat anak-anak mereka bersama Cordlife mohon penjelasan dan menimbangkan semula untuk mengambil tindakan undang-undang selepas satu pemeriksaan audit oleh pemerintah mendapati berlaku kesilapan baharu.
Pemeriksaan audit oleh Kementerian Kesihatan (MOH) pada Julai lalu menemui isu dengan proses mengumpul, memproses dan menguji 160 unit darah tali pusat baharu yang dikumpul sejak Januari lalu.
Pemeriksaan audit itu juga mendapati tiga daripada lima tangki yang sebelum ini dianggap berisiko rendah tidak memenuhi kriteria bagi berdaya maju dan potensi.
Penemuan terkini itu mengejutkan para ibu bapa, termasuk mereka yang sebelum ini diberikan jaminan oleh Cordlife bahawa darah tali pusat anak-anak mereka adalah selamat.
Masalah di Cordlife mula timbul pada November 2023, apabila MOH mengumumkan ia sedang menjalankan siasatan terhadap syarikat itu kerana menyimpan unit darah tali pusat dalam tangki pada suhu yang tidak optimum.
Satu tangki yang mengandungi kira-kira 2,200 unit darah tali pusat dianggap tidak berdaya maju.
PILIHAN UNDANG-UNDANG
Sesetengah ibu bapa pula menimbangkan semula tindakan undang-undang.
Cik Shanta Sundarason, yang darah tali pusat anak bongsunya merupakan antara yang terjejas oleh kesilapan pengendalian Cordlife sebelum ini, memimpin usaha untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat yang tersenarai di Singapura itu.
Namun usaha itu terbantut di tengah-tengah kos guaman yang meningkat dan seruan ibu bapa untuk mendapatkan lebih penjelasan berhubung siasatan yang dijalankan.
Namun beliau berkata keputusan audit terkini, yang menunjukkan bahawa tangki-tangki 'berisiko rendah' bahkan gagal memenuhi standard, menghakis kepercayaan mereka lebih lanjut.
Cik Shanta menambah para ibu bapa juga sedang menyiasat sama ada Cordlife mempunyai perlindungan insurans bagi 'kejadian bencana' seperti ini.
STATUS DARAH TALI PUSAT KANAK-KANAK KURANG JELAS
Beberapa minggu selepas kes salah urus Cordlife dilaporkan pada 2023, syarikat itu menghubungi para ibu bapa untuk memaklumkan mereka tentang status darah tali pusat anak-anak mereka, termasuk sama ada unit tersebut berada dalam tangki yang terjejas atau tangki "berisiko rendah".
Salah seorang daripadanya, Cik Aiza Bumacod berkata beliau menerima kiriman emel dari Cordlife pada pagi Selasa yang memaklumkan bahawa unit darah tali pusat anaknya, yang disimpan dalam salah satu tangki "berisiko rendah" tidak terjejas.
Dalam sebahagian emel yang dilihat oleh Mediacorp, Cordlife menyatakan unit darah tali pusat anak beliau "masih selamat" dan "tidak disimpan dalam tangki yang terjejas".
"Berita terkini tidak mengubah status unit darah tali pusat anak anda," kata syarikat itu sambil menambah kemungkinan syarikat itu digantung "tidak menjejas penyimpanan dan keselamatan berterusan" darah tali pusat anaknya.
Namun, tidak semua ibu bapa sudah menerima kemas kini mengenai darah tali pusat anak mereka,
Salah seorang ibu bapa, yang menyimpan darah tali pusat kedua-dua anak perempuan mereka bersama Cordlife, berkata beliau kurang pasti jika ia terjejas dalam kemas kini yang terkini.
Sementara itu, seorang lagi ibu, Cik Alicia Fan memberitahu Mediacorp bahawa Cordlife menghubunginya pada Isnin untuk meminta bayaran, sebelum berita tersebar bahawa ia mungkin digantung selama satu tahun.
Penjawat awam berusia 49 tahun itu menyimpan darah tali pusat anak kembar lelakinya bersama Cordlife dan mempunyai skim bayaran tahunan sehingga kedua-duanya mencecah usia 21 tahun.
"Cordlife mendakwa penyimpanan darah tali pusat kedua-dua anak kembar saya tidak terjejas. Namun sejujurnya, saya sudah hilang kepercayaan terhadap mereka, dan berita terkini memburukkan lagi keadaan. Siapa yang boleh memberikan saya jaminan bahawa semuanya baik-baik sahaja?" soal Cik Fan.
Walaupun belum membuat keputusan mengenai langkah seterusnya, Cik Fan berkata beliau akan menuntut laporan dari pihak bebas mengenai status tangki yang menyimpan darah tali pusat anak-anaknya untuk menunjukkan ia masih berfungsi dengan baik sebelum membuat semula bayaran.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.