Ibu bapa Matt mohon derma online S$191,000 untuk bayar bil hospital anak dijangkiti miokarditis, jantung terhenti
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Setelah pulang dari cuti selama sebulan di Filipina, Desiree Reyes, 42 tahun, dan Noel Geralde Semodio, 49 tahun, diterpa mimpi ngeri bagi setiap ibu bapa.
Anak lelaki mereka yang berusia sembilan tahun dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit dada dan sukar bernafas dan mula bertarung nyawa.
Rupa-rupanya kanak-kanak itu dijangkiti COVID-19 dan mengalami masalah jantung -miokarditis - dan memerlukan rawatan kecemasan di hospital untuk menyelamatkan nyawanya.
Kanak-kanak itu juga diserang angin ahmar ringan.
Di tengah-tengah emosi yang bergolak, pasangan itu terpaksa pula berdepan bil hospital yang begitu tinggi. Bil penuh adalah sekitar S$335,000 dan mereka masih perlu mengeluarkan kira-kira S$191,000 duit sendiri selepas sebahagiannya dibayar insurans dan MediSave CPF.
Mereka kemudian memulakan usaha mengumpul derma online untuk membiayai bil tersebut, yang ditunjukkan kepada Mediacorp.
Semasa menceritakan tentang masalah mereka itu, pasangan berkenaan memberitahu Mediacorp pada Khamis (22 Feb) bahawa anak mereka Matt Aeron Semodio jarang batuk, selesema atau demam, dan tidak bergejala semasa bermain dengan sepupunya sewaktu bercuti.
Jadi, setelah mereka sekeluarga pulang ke Singapura pada 4 Januari, mereka hairan apabila Matt mula berasa lesu dan hanya tidur sepanjang hari.
Matt didiagnosis oleh seorang doktor sebagai mengalami jangkitan virus biasa memandangkan dia tidak menunjukkan sebarang tanda selain berada lesu dan lemah. Dia kemudian diberi ubat parasetamol.
Malam itu, Cik Reyes menjadi semakin bimbang apabila anaknya mengadu sakit dada dan sukar bernafas.
Pasangan itu bergegas membawa Matt ke jabatan kecemasan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK di mana dia menjalani electrocardiogram (ECG) dan dihantar terus ke unit jagaan rapi (ICU).
Dengan airmata bergenang, pasangan itu menceritakan tentang bagaimana Matt terkena serangan jantung dan jantungnya berhenti berdegup semasa proses intubasi.
Pegawai perubatan mengambil masa sejam untuk sedarkan Matt.
Encik Semodio, seorang kakitangan sokongan teknologi maklumat, berkata: "Saya rasa tiada satu pun perkataan yang tepat untuk gambarkan perasaan saya. Perasaan saya hancur, tidak boleh terima dan amat takut. Ia campuran emosi yang paling sukar dalam hidup saya."
Isteri beliau, yang juga bertugas dalam bidang IT, berkata: "Kami sentiasa dalam keadaan cemas."
Sedang Matt mula sedar, dia diletakkan di bawah pengoksigenan membran ekstrakorporeum (Ecmo), yang mengepam dan memberi oksigen kepada darah pesakit di luar tubuhnya, bagi membolehkan jantung dan paru-paru berehat.
Sehari selepas Matt diletakkan di bawah Ecmo, pasangan itu berkata doktor melakukan beberapa ujian virus dan bakteria dan mendapati Matt dijangkiti COVID-19, yang membawa kepada miokarditis.
Miokarditis adalah keradangan otot jantung yang mengurangkan keupayaan jantung untuk mengepam darah, sekali gus menyebabkan sakit dada, sukar bernafas dan degupan jantung yang terlalu cepat atau tidak teratur. Jangkitan virus juga salah satu puncanya.
Cik Reyes berkata: "Kami tidak tahu kerana semua orang diuji negatif sebelum kami pulang ke Singapura."
Beliau menambah sebelum ini, Matt seorang kanak-kanak yang sihat tanpa masalah jantung atau paru-paru.
Selain kebimbangan mengenai diagnosis tersebut dan melihat keadaan anaknya yang dihubungkan kepada mesin Ecmo, pasangan itu juga mendapat tahu bahawa Matt mengalami serangan angin ahmar ringan yang menjejas bahagian kirinya.
Mereka diberitahu bahawa proses Ecmo ada kesan sampingan, yang termasuk pembentukan darah beku yang sampai ke bahagian otak dalam tempoh 11 hari dia dihubungkan dengan mesin tersebut.
Kanak-kanak itu berada di ICU dari 5 Januari hingga 24 Januari sebelum dipindahkan ke wad kebergantungan tinggi, yang menawarkan pemantauan lebih rapi berbanding wad biasa.
Apabila Matt sedarkan diri, Encik Semodio mengatakan "Hi, selamat kembali", sebelum kedua-duanya berdoa. Keluarga beragama Katolik itu sudah tinggal di Singapura sejak 2006 memandangkan Cik Reyes adalah penduduk tetap.
Walaupun anak mereka sudah keluar dari ICU, pasangan itu kekal bimbang kerana jantung anak mereka masih belum boleh berfungsi seperti biasa.
"Jika saya nampak dia kelihatan penat sedikit sahaja, saya akan rasa takut tetapi saya ingatkan diri saya bahawa fasa yang teruk itu sudah berlalu kerana jantung Matt sudah boleh berdegup sendiri," kata Encik Semodio.
PEMULIHAN, CABARAN
Mediacorp mewawancara pasangan itu beberapa minggu selepas Matt dimasukkan ke hospital dan pasangan itu berkata anak mereka beransur pulih.
"Dia boleh ke tandas dan melakukan senaman yang diajarkan semasa fisioterapi. Dia juga sudah berupaya semula selepas alami angin ahmar ringan, dan sedang bermain permainan di komputer ribanya," kata Encik Semodio.
Sekalipun demikian, masih ada masa di mana pasangan itu berasa seolah-olah putus harapan.
Sejak Matt dibenarkan pulang dari hospital pada 8 Februari, dia sudah dua kali terpaksa ke hospital setelah muntah darah, berkemungkin kesan sampingan ubatnya.
"Saya akan rasa gembira namun apabila sesuatu seperti itu berlaku, saya akan takut. Sangat sukar.
"Kadangkala saya sendiri akan ragu dan hanya termenung," tambah Encik Semodio.
Bagi Cik Reyes, beliau masih rasa "trauma".
"Setiap kali kami cuba tidur, kami tidak tahu kalau Matt akan rasa lebih selesa. Saya masih belum boleh tidur dengan baik dan perlu bangun untuk tinjau-tinjau anak saya, jadi rasa takut itu masih ada."
Selain itu, pasangan tersebut juga perlu pula berdepan aspek kewangan mereka.
Ini menambah beban ke atas mereka yang perlu mengambil cuti tidak bergaji untuk menjaga anak mereka.
Tambahan lagi, mereka hanya boleh gunakan MediSave dan insurans Encik Semodio untuk bayar sekitar S$143,950 daripada anggaran S$335,000 bil perubatan anak mereka. Mereka masih perlu membayar sendiri S$191,000.
Pihak hospital sudah bersetuju secara prinsip kepada permintaan mereka untuk membayar bil secara ansuran namun jumlah itu "masih sangat besar", kata Encik Semodio.
Itulah sebabnya apabila seorang rakan memulakan usaha mengumpul dana online menerusi platform GiveAsia untuk keluarganya, mereka amat berterima kasih.
Usaha pengumpulan dana itu bermula pada 28 Januari dan setakat Sabtu (24 Feb) ia sudah mendapat derma berjumlah S$35,000.

Sumber : Today/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.