Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ibu bapa masih prihatin kesan vaksin COVID-19 terhadap anak bawah 5 tahun

Para doktor berkata manfaat vaksinasi bagi kanak-kanak bawah 5 tahun melebihi risikonya, dengan mereka mungkin mengalami kesan sampingan ringan sahaja.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Aug 2022 06:06PM Dikemas Kini : 14 Aug 2022 09:00PM
SINGAPURA: Ibu bapa yang mempunyai anak bawah usia lima tahun masih kurang pasti jika mahu mendapatkan vaksinasi COVID-19 bagi anak mereka.

Mereka bimbang tentang kesan sampingannya terutama sekali anak kecil yang belum boleh bercakap.

Namun, para doktor berkata manfaat vaksinasi itu masih melebihi risikonya.

IBU PRIHATIN KESAN VAKSIN COVID-19

Dua anak Cik Suzanna Tang positif COVID-19 pada April lalu tetapi sudah sembuh sepenuhnya.

Mereka boleh mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 apabila ditawarkan bagi kanak-kanak bawah lima tahun.

Namun, beliau risau bagaimana nanti kesan vaksinasi itu kepada anaknya yang berusia 10 bulan.

Doktor kanak-kanak Dr Petrina Wong berkata walaupun kanak-kanak secara umumnya lebih berdaya tahan berbanding pesakit dewasa, mereka masih merupakan golongan lemah.

Lantaran itu, vaksinasi COVID-19 adalah penting.

MUNGKIN ALAMI KESAN RINGAN SAHAJA

Sejauh ini, doktor mengatakan kanak-kanak mungkin mengalami kesan sampingan ringan seperti demam dan sengal badan yang tidak akan melebihi dua hari.

Dr Wong berkata: "Apa yang penting, selepas vaksinasi suhu badan dan keadaan hidrasi mereka perlu dipantau.

"Anda mungkin perlu memastikan mereka tidak bermain terlalu lasak selama beberapa hari. Anda juga mungkin mahu memastikan mereka terus di rumah supaya dapat dipantau lebih dekat."

GARIS PANDUAN VAKSIN BAGI KANAK-KANAK

Di peringkat global, terdapat pelbagai garis panduan bagi vaksinasi kanak-kanak bawah usia lima tahun.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat menyarankan semua kanak-kanak divaksinasi tetapi Australia hanya menyarankannya bagi kanak-kanak yang mempunyai lemah sistem imun, kurang upaya dan mengalami beberapa masalah kesihatan.

Para penyelidik juga mencadangkan beberapa cara melakukan vaksinasi supaya selesa buat kanak-kanak terutama sekali yang lebih kecil.
Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan