Ibu bapa, guru diajak giatkan lagi usaha lestarikan bahasa ibunda sempena Bulan Bahasa
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bahasa ibunda dapat membantu membentuk jati diri dan mengukuhkan nilai sebagai anggota masyarakat dan warga negara.
Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata warisan seperti peribahasa dan pantun menunjukkan betapa bahasa Melayu itu sebuah bahasa yang dinamik, kaya dan sinonim dengan budaya Melayu.
Ini selain dapat menyampaikan nilai-nilai seperti adab, rendah hati dan kehidupan harmoni.
Dalam ucapannya di majlis pelancaran Bulan Bahasa yang ke-35 itu, Encik Lee menggalakkan masyarakat untuk terus menggunakan bahasa Melayu dengan bermakna.
"Saya sentiasa rasa terdorong oleh masyarakat Melayu yang sangat sayang akan bahasa dan budaya mereka. Hal ini sangat jelas ketika saya menghadiri acara-acara Bulan Bahasa," kata Encik Lee yang juga merupakan Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial.
"Sertailah program-program yang disediakan, supaya anda dapat mengenal bahasa Melayu yang sangat indah dan kaya. Semoga pada masa hadapan, bahasa Melayu terus membangun, dan generasi mendatang akan terus mewarisi nilai-nilai yang kita sayangi," tambah beliau.
Dalam kesempatan itu, Encik Lee juga memuji usaha yang diteruskan untuk melestarikan bahasa ibunda.
"Saya tabik usaha Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Jawatankuasa Bulan Bahasa dalam melantik Rakan Bahasa daripada usia yang muda. Duta Bahasa juga memainkan peranan untuk memperjuangkan bahasa Melayu sepanjang hayat mereka," kata beliau.
Lebih manis lagi, Encik Lee menggulung ucapannya dengan serangkap pantun:
Segak jejaka orang berbudi,
Bermain angklung di tengah kota;
Bahasa pusaka kekal abadi,
Terus disanjung belia kita.
MERAIKAN BAHASA MELALUI BUDAYA MELAYU YANG KAYA
Rakaman pelancaran Bulan Bahasa 2023 itu disiarkan di SURIA pada Sabtu (2 Sep).
Sepanjang sejam, ia menampilkan pelbagai elemen pantun, kesenian dan kebudayaan Melayu bagi memaparkan penggunaan bahasa Melayu yang dinamik.
Ada juga sesi jual beli pantun antara para penonton bersama Pengerusi MBMS, Fahmi Aliman dan Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, Zhulkarnain Abdul Rahim.
Encik Zhulkarnain berkata, "Saya berbesar hati kerana pelancaran malam ini mengetengahkan karya budaya kita dan bagaimana kita dapat memupuk minat menerusi muzik dan seni, minat dalam Bahasa ibunda."
Ia juga disemarakkan lagi dengan persembahan dikir barat dan diiringi dengan vokal utama, Duta Bahasa Aqmal N dan Anis Qurratu'aini.
Duta Bahasa yang baru dilantik, Afi Hanafi, Nursha Ismail, Nuzhan Halim dan Syafiqah 'Adha turut menyajikan sebuah persembahan deklamasi syair dan sajak.
GILAP BAKAT DAN MINAT ANAK-ANAK MUDA TERHADAP BAHASA DAN BUDAYA MELAYU
Bagi mengukuhkan lagi penggunaan bahasa Melayu dan usaha melestarikannya, Encik Zhulkarnain melahirkan harapan agar ia dapat dilakukan seiring dengan usaha pihak ibu bapa dan guru-guru.
"Saya harap guru-guru, ibu bapa akan menggilap bakat dan memupuk minat anak-anak kita supaya dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang Bahasa Melayu dan memupuk minat dalam Bahasa kita," ujar beliau.
Encik Fahmi Aliman yang baru menggalas tanggungjawab selaku Pengerusi MBMS berharap orang ramai akan menyertai dalam program-program yang diaturkan semasa Bulan Bahasa.
Dalam pada itu, beliau juga berkongsi visi beliau untuk terus mendekati anak-anak muda untuk lebih giat dalam acara-acara Bulan Bahasa.
"Saya rasa kita harus terus menggunakan media sosial untuk mendekati anak-anak muda kita untuk menceburi dalam Bulan Bahasa. Saya rasa anak-anak muda tertarik kepada bahasa kita melalui misalnya Dikir Barat, tarian dan Silat."
"Saya harap mereka akan dapat terus menceburkan diri kerana mereka adalah generasi seterusnya. Saya berharap semua orang akan berhibur dan memanfaatkan Bulan Bahasa dengan baik." kata Encik Fahmi.
Untuk senarai acara-acara Bulan Bahasa tahun ini, anda boleh ikuti Facebook Majlis Bahasa Melayu Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.