Ibu bapa guna pelbagai pendekatan termasuk AI, sokong anak berpuasa
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Di sebalik cabaran anak kecil berpuasa, sokongan ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu mereka menyesuaikan diri.
Malah, ibu bapa juga boleh menggunakan pelbagai cara untuk menyokong anak-anak mereka untuk cuba berpuasa.
Bagi pasangan suami isteri Khairul Ariffin Dawood dan Khairun Nurhanani Khairudin, mereka menggunakan cara kreatif, termasuk Kecerdasan Buatan (AI) untuk menggalak anak-anak mereka berpuasa.
Anak sulung mereka, Khairy Amali Khairul Ariffin misalnya baharu melangkah ke Darjah 1 tahun ini.
Lantas, kanak-kanak berusia 7 tahun itu berdepan rutin baharu di sekolah rendah.
“Susah, sebab ada sekolah, ada latihan jasmani (PE)… lepas itu ada waktu makan, ada sesi di perpustakaan, lepas itu harus jalan-jalan, penat! Lepas itu saya nak air, tetapi saya percaya dengan diri sendiri!” kata anak sulung daripada lima adik beradik itu.
Ramadan tahun lalu merupakan yang pertama buat Amali untuk berpuasa.
"Perbezaan antara tahun lepas dengan tahun ini mungkin cabaran dia mungkin pasal dia baru mula sekolah rendah. Aktiviti di sekolah mungkin lebih banyak daripada tahun lepas. Jadi kebanyakan kali dia balik rumah, dia akan beritahu kepada kita "Abi, saya letih. Mummy, saya letih. Saya nak air'," kata Encik Khairul.
IBU BAPA GUNAKAN PENDEKATAN AI, GANJARAN, GALAK ANAK PUASA
Mendengar sendiri rintihan anaknya, Encik Khairul cuba menghulurkan sokongan padu untuk membakar semangat Amali untuk terus berpuasa.
Antaranya, beliau dan isterinya menghasilkan video AI untuk menyokong perjalanan puasa anak mereka.
Malah ia menjadi antara pendekatan utama dalam memahami cabaran yang dihadapi anak mereka sejak awal.
“Dengan AI itu, kami sebenarnya mendengar cerita daripada Amali, apa yang dia lalui di sekolah. Kesukaran yang dia alami sewaktu waktu makan, di mana dia harus pergi ke perpustakaan, kerana tidak mahu melihat kawannya makan atau minum ataupun waktu fizikal jasmani (PE).
"Jadi kita menggunakan kata-kata beliau ataupun perkongsian beliau untuk membuat cerita AI, mendigitalkannya sedikit. Jadi dia tahu yang kita mendengar keluhan dia dan kita yakin yang dia tetap boleh puasa penuh walaupun tahun ini tahun pertama yang dia di sekolah rendah," kongsi ibunya, Khairun Nurhanani Khairudin.
Pendekatan itu bukan sahaja memberi sokongan emosi, malah membantu Amali membina keyakinan diri.

GUNA PENDEKATAN GANJARAN DAN SOKONGAN KELUARGA
Bagi Cik Nurhanani, pendekatan kreatif juga digunakan untuk memastikan Amali terus bermotivasi.
“Kami menggunakan sistem ganjaran sebenarnya untuk dia, tahun ini pula kita menggunakan teknik yang berbeza. Kita menggunakan kotak misteri 30 hari Ramadan membuatkan pengalamannya lebih menarik untuk berpuasa," kata Cik Nurhanani.
Selain itu, rutin keluarga seperti berniat bersama dan melibatkan Amali dalam persiapan berbuka turut membantu.
Semangat tekun Amali untuk berpuasa juga amat membanggakan ibu bapanya.
Tambah Encik Khairul lagi, Amali tidak pernah dipaksa untuk berpuasa.
“Saya bangga. Kita tidak suruh (dia berpuasa), kita tak paksa tetapi dia gerak sendiri. Dia secara tidak langsung menyuntik semangat kepada adik-adiknya untuk berpuasa juga," kongsi Encik Khairul.
MANFAAT BERPUASA UNTUK KANAK-KANAK
Menurut Pengarah Klinik Banyan, Dr Elly Sabrina Ismail, puasa sebenarnya memberi pelbagai manfaat dari sudut fizikal, mental dan sosial kepada kanak-kanak jika dilakukan dengan betul.
“Saya rasa apabila seorang kanak-kanak itu berpuasa, ia belajar bagaimana untuk mengamalkan makanan sihat supaya jangan asyik makan cemil-cemilan dan menggunakan disiplin ketika makan iaitu hanya makan pada waktu-waktu tertentu dan juga mengawal cara pemakanannya.
"Dari segi mental juga, saya rasa ia penting kerana ia menerapkan nilai-nilai seperti disiplin seperti sabar, menunggu untuk membuka puasa dan ia juga meningkatkan keyakinan diri dalam kanak kanak itu apabila dia berjaya dapat berpuasa," kongsi Dr Elly.

Dari sudut sosial, beliau menjelaskan bahawa amalan berpuasa dapat memupuk empati terhadap golongan kurang bernasib baik, di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui amalan bersahur dan berbuka puasa bersama.
Dr Elly turut menegaskan bahawa ibu bapa perlu peka terhadap keadaan fizikal anak ketika berpuasa.
“Adalah penting untuk kanak kanak kita pantau, jika seseorang itu nampak lemah, lesu ataupun terlalu letih, mungkin ini disebabkan dehidrasi. Jika anak tu ada sakit seperti muntah-muntah, cirit-birit dan demam nasihatkan mereka supaya tidak berpuasa,” kongsinya.
Dr Elly turut menegaskan bahawa usia tujuh tahun adalah masa sesuai untuk mula berpuasa secara berperingkat.
“Kita tak boleh mengharapkan mereka berpuasa terus satu hari. Mulakan secara berperingkat untuk beberapa jam. Kemudian kalau boleh puasa setengah hari dan lama kelamaan baru tambah ke puasa satu hari,” kata Dr Elly.
Dalam pada itu, Dr Elly menekankan bahawa dengan latihan secara berperingkat dan sokongan berterusan daripada keluarga, kanak-kanak seperti Amali mampu menyesuaikan diri dengan cabaran berpuasa, walaupun pada usia yang masih muda.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.