Ibu & anak perempuan warga SG diberkas di lapangan terbang Manila; seludup 14kg kokain bernilai S$1.83 juta
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang wanita warga Singapura dan anak perempuannya diberkas di lapangan terbang antarabangsa utama Manila pada Khamis (28 Sep) kerana dipercayai menyeludup 14.36kg kokain bernilai 76 juta peso (S$1.83 juta) ke negara itu.
The Manila Times melaporkan dadah itu dirampas oleh Biro Kastam. Pasangan anak beranak itu dikenal pasti sebagai pelayan restoran Siti Aishah Awang yang berusia 63 tahun dan anak perempuannya Nur Alaviyah Hanaffe, 39 tahun, yang bekerja sebagai jurusolek.
Mereka berdua tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di ibu negara Filipina itu dari Doha, Qatar dan kemudian ditahan selepas dikenal pasti oleh para pegawai kastam.
Laporan awal mendapati para pegawai pemerintah di Manila menemui kokain itu yang disembunyikan dalam bungkusan seperti bekas silinder, tin biskut, kanister, serta kotak yang diletakkan di bawah troli dan beg sandang suspek.
Bahan "serbuk putih", yang kemudiannya disahkan sebagai kokain, terkandung dalam beratus-ratus pelet di dalam bagasi dan cuba dipaparkan sebagai hadiah, lapor CNN Filipina.
Dadah yang dirampas dan kedua-dua suspek kemudian diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina untuk siasatan lanjut.
Mediacorp sudahpu menghubungi Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Kementerian Ehwal Luar (MFA) untuk mengulas tentang kes tersebut.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.