Ibu anak jaya kegiatan masyakarat di Lengkok Baharu dilantik dalam Kindred Spirit Circle
Cik Marlina Mohamed Yased (kiri) dan anaknya Rafieq Sahin Rafizal (tengah) menerima sijil pengiktirafan dari Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Negara Kanan (Pendidikan), Encik David Neo (dua dari kanan), yang juga merupakan Penasihat kepada SKM semasa di Majlis Penerimaan Anggota Baharu KSC itu diadakan di auditorium Singapore Land Tower, pada Jumaat lalu (29 Mei). (Gambar: Pergerakan Baik Budi Singapura (SKM)
Beliau sering dikaitkan dengan peti sejuk masyarakat yang ditempatkan di luar flat dua biliknya, yang menyediakan makanan percuma kepada penduduk yang memerlukan.
Inisiatif itu dinamakan Healthy You & Me (HY&M) dan masih dijalankan hingga kini.
Atas sumbangan ibu dan anak itu kepada masyarakat, mereka dipilih sebagai anggota baharu Kindred Spirit Circle (KSC).
KSC merupakan rangkaian di bawah pertubuhan tidak raih untung, Pergerakan Baik Budi Singapura (SKM).
Ia mengiktiraf dan menyokong individu, projek relawan yang digerakkan masyarakat, serta organisasi bukan keuntungan yang berdedikasi untuk memupuk masyarakat yang berhemah, penyayang dan penuh belas kasihan di Singapura.
Cik Marlina dan Rafieq merupakan antara 24 anggota baharu yang dilantik menjadi sebahagian daripada KSC.
Bercakap kepada BERITA Mediacorp, Cik Marlina, 46 tahun, berkata: "Sebenarnya saya rasa gementar sebab dari permulaan, saya saya melalukan ini dengan niat kerana Allah, tidak ada lain sebab. Saya rasa ramai yang memerlukan inisiatif seperti ini. Saya rasa teramat bangga, lebih-lebih lagi dengan anak saya. Ini adalah kebanggaan (buat) kami sekeluarga," tambah Cik Marlina.
Seperti ibunya, Rafieq turut tidak menjangkakan dirinya turut dipilih sebagai anggota KSC bersama ibunya.
Dengan rasa bangga, dia berkata: "Saya akan usahakan lebih baik selepas ini dengan kawan-kawan."
Bagi Cik Marlina, pengiktirafan yang diterima bukanlah titik penamat.
"Saya tidak akan berhenti walau pelbagai pengiktirafan saya terima. Saya akan terus menyumbang dan memperluaskan lagi inisiatif yang saya jalankan," kata ibu kepada lima orang anak itu.
Majlis Penerimaan Anggota Baharu KSC itu diadakan di auditorium Singapore Land Tower, pada Jumaat lalu (29 Mei).
Turut hadir ialah Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Negara Kanan (Pendidikan), Encik David Neo, yang juga merupakan Penasihat kepada SKM.
Sejak dirintis pada 2013, anggota KSC sudah bertambah kepada lebih 280 ahli sekarang ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.