Ibadah korban sekali lagi dijalankan di Australia susuli Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat)
Keputusan itu dibuat dengan teliti dan sejajar dengan nasihat yang dikeluarkan Timbalan Mufti Ustaz Mohd Murat Md Aris sebelum ini bahawa amalan korban (Udhiyyah) adalah terasnya" .
SINGAPURA: Buat tahun kedua berturut-turut, kambing korban tidak akan diimport ke Singapura bagi ibadah korban tahun ini memandangkan kenaikan kes COVID-19 dalam masyarakat serta langkah-langkah keselamatan tambahan di bawah Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat).
Lantaran itu, Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS) sudah memutuskan untuk menganjurkan ibadah korban yang disesuaikan seperti yang dijalankan pada tahun lalu.
Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam kenyataan medianya hari ini (21 Mei).
Masjid-masjid sekali lagi akan menawarkan khidmat korban di Australia dan kemudian dagingnya dibekukan sebelum dihantar ke Singapura.
Masjid juga akan meneruskan amalan mengagihkan sebahagian daging tersebut kepada keluarga bergaji rendah di sini beberapa hari selepas Aidiladha.
Pada 2020, sebanyak 42 masjid menawarkan khidmat korban yang disesuaikan, dengan sehingga 100 ekor kambing setiap satu pada harga antara S$300 dengan S$330 seekor.
Perincian tentang jumlah kambing, harga dan pendaftaran ibadah korban akan diumumkan pada minggu pertama Jun 2021, kata MUIS.
Menurut MUIS, keputusan itu dibuat dengan teliti dan sejajar dengan nasihat yang dikeluarkan Timbalan Mufti Ustaz Mohd Murat Md Aris sebelum ini bahawa amalan korban (Udhiyyah) adalah terasnya - iaitu umat Islam menjalankan ibadah korban sebagai menunjukkan patuh pada perintah Allah dan berkorban hanya untukNya.
"Melindungi masyarakat umum daripada bahaya dalam konteks pandemik sekarang, di samping bertambahnya kes dalam masyarakat, adalah tanggungjawab besar dan pengorbanan yang boleh dilakukan seorang Muslim.
"Maka itu, wajar dan sejajar dengan semangat korban itu sendiri bahawa ibadah yang disesuaikan ini diteruskan tahun ini tanpa mengorbankan teras semangatnya," kata Ustaz Mohd Murat.
Selain itu, untuk menjajarkan proses pemerolehan kambing, JKMS melaksanakan latihan "Permintaan Saranan" (RFP) untuk menilai senarai penyedia khidmat.
Daripada panel tersebut, masjid-masjid boleh dengan cepat dan mudah memilih vendor daripada senarai penyedia khidmat yang diluluskan MUIS dan Agensi Makanan Singapura (SFA).
Para penyedia khidmat itu sudahpun dinilai sebagai mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan syarat import produk daging.
Tambahan lagi, dalam tempoh Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) ini, JKMS dan masjid-masjid yang menawarkan ibadah korban akan memastikan semua langkah pengurusan selamat dipatuhi sepanjang masa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.