Ibadah korban kendalian SalamSG selesai dijalankan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan kambing di Australia. (Gambar hiasan: Peter Parks/AFP)
SINGAPURA: Semua 4,323 haiwan korban yang ditempah menerusi SalamSG Korban (SSGK) sudah selesai dijalankan di Australia pada Selasa (18 Jun), bersamaan Hari Tasyrik pertama iaitu 11 Zulhijjah.
Tahun ini, sebanyak 2,702 ekor kambing biri-biri, 1,547 kambing dan 69 lembu ditempah secara online atau menerusi 52 masjid.
Pengerusi SSGK, Mohd Khalid Lani juga melahirkan penghargaannya kepada semua yang terlibat untuk menjayakan ibadah korban tahun ini, menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (18 Jun).
"Pihak SSGK berterima kasih kepada semua sohibul korban yang membuat tempahan menerusi masjid kami. Pemerhatian kami mendapati bahawa korban yang dijalankan di luar negara yang diselaraskan masjid-masjid kami mematuhi syariat agama," kata Encik Khalid.
"Seperti panduan oleh Pejabat Mufti, melakukan ibadah korban di luar negara tidak menjejas nilai dan pengertian korban tersebut bagi para sohibul korban. Oleh itu, ibadah korban yang dilaksanakan oleh masyarakat Islam Singapura tetap setara dengan korbanyang dijalankan dalam negeri," tambahnya.
Menurut SSGK, semuanya dijalankan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan diiktiraf oleh Badan-Badan Pensijilan Halal Asing (FHCB) dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Sekumpulan wakil SSGK juga berada di Melbourne untuk memastikan upacara korban dilakukan di rumah penyembelihan yang berlesen dan pensijilan halal mereka diluluskan oleh agensi-agensi relevan di Singapura dan Australia.
Menurut SSGK, pengagihan daging korban boleh dijangkakan bermula seawal hujung minggu ini.
Rakan-rakan kerja SSGK yang bertauliah akan mengesahkan tarikh dan waktu penghantaran dengan sohibul korban mulai minggu ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.