Ibadah korban di 4 masjid terjejas, The Meat Brothers tawarkan pilihan alternatif
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ibadah korban di Masjid Al-Firdaus, Masjid Petempatan Melayu Sembawang dan Masjid Pusara Aman pada Hari Raya Aidiladha, Rabu (27 Mei) tidak dapat dilaksanakan.
Ini setelah syarikat pengendali, The Meat Brothers memberikan kemas kini tentang ketibaan kambing korban di Facebook petang tadi.
Menurut syarikat itu, pihaknya masih lagi belum mendapatkan kelulusan eksport daripada pihak berkuasa Australia.
Dengan itu katanya, lebih jelas kini bahawa kambing korban tidak dapat dibawa masuk ke Singapura tepat pada waktunya.
Dalam catatan itu, The Meat Brothers menyatakan, "Kami memohon maaf atas segala kekurangan daripada pihak kami. Kami terus berdoa Allah swt mempermudahkan urusan untuk kami semua dan kurniakan barakah,"

Sebahagian kambing yang dibekalkan The Meat Brothers untuk ibadah korban di Masjid Jamae Chulia turut terjejas.
3 PILIHAN UNTUK SOHIBUL KORBAN TERJEJAS
The Meat Brothers menawarkan tiga pilihan kepada sohibul korban yang sudah membuat pembayaran iaitu yang pertama ibadah korban dilaksanakan di Australia dan daging dihantar kepada sohibul korban.
Pilihan kedua pula ialah melaksanakan ibadah korban di Medan, Indonesia dengan daging korban diagihkan kepada golongan Asnaf dan masyarakat tempatan
Pilihan terakhir yang diberikan syarikat itu kepada para sohibul korban ialah mendapatkan bayaran balik sepenuhnya.
Harga yang dikemaskini dan urusan pembayaran kembali akan dikongsikan The Meat Brothers dan pihaknya akan menghubungi para Sohibul korban yang terjejas.
Dalam pada itu, MUIS menyatakan ia memahami kekecewaan yang ditanggung para sohibul korban yang terjejas.
Dalam satu kenyataan media, MUIS menyatakan, "Kami menghargai usaha TMB untuk terus mengemaskini para Sohibul Korban yang terjejas dan usahanya untuk menyediakan rancangan kontingensi termasuk bayaran kembali dan pilihan korban alternatif".
Menurut laporan awal, sekitar 400 kambing korban terjejas.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.