Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ibadah korban 2021: Pendaftaran di 5 masjid sudah ditutup

Kambing korban di lima masjid di Singapura sudah habis ditempah.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibadah korban 2021: Pendaftaran di 5 masjid sudah ditutup

Gambar hiasan kambing Australia. (Gambar: MARIE KNIGHT / FRANK & MICKY WHITEHOUSE / AFP)

Diterbitkan : 07 Jul 2021 07:45PM Dikemas Kini : 07 Jul 2021 07:52PM

SINGAPURA: Kambing korban di lima masjid di Singapura sudah habis ditempah.

Namun, umat Islam boleh membuat pendaftaran ibadah korban di baki 46 masjid yang masih ada bekalan kambing.

Pendaftaran bagi pelaksanaan korban yang diubah suai itu ditutup pada Selasa depan (13 Jul).

Demikian menurut kemas kini Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) di laman Facebooknya hari ini (7 Jul).

Menurut catatan itu, pendaftaran bagi kambing korban di Masjid An-Nur, Al-Mawaddah, Al-Mukminin, Al-Khair dan Al-Iman sudah ditutup setelah bekalan kambing habis ditempah.

Walau bagaimanapun, setakat pukul 7.00 malam pada Rabu, masih terdapat 3,500 bekalan kambing di 46 masjid lain.

Slot tempahan paling banyak boleh didapati di Masjid Darul Ghufran yang masih ada baki 187 bekalan kambing.

Masjid Assyakirin, Maarof dan Ar-Raudhah pula masing-masing hanya tinggal 11, 18 dan 19 slot pendaftaran sahaja.

Buat dua tahun berturut-turut, pelaksanaan ibadah korban diubah suai ekoran pandemik COVID-19.

Pendaftaran dibuka di 51 masjid bagi umat Islam yang ingin menjalankan ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha dengan penyembelihan dijalankan di Australia dan daging yang dibekukan dihantar ke sini untuk diagihkan oleh masjid kepada golongan yang layak menerimanya.

Setiap masjid menawarkan sehingga 120 kambing pada harga S$320 hingga S$370 seekor.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar di masjid-masjid yang tersenarai di https://muslim.sg/articles/list-of-mosques-offering-modified-korban-in-2021?fbclid=IwAR03pWCCuHThWQPqFJBkLIZu4URfOtpQV3IlDoIvSB5ORwWcRcnLtha79Uo atau menghubungi langsung pihak masjid untuk mendapatkan butiran lanjut.

Mereka yang berjaya membuat tempahan akan menerima daging korban yang dibekukan selepas hari-hari tasyrik dari 24 Julai.

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan